Dos penggalak bukan jaminan 100 peratus kita langsung tak dijangkiti virus Covid-19

A
A
A

ANDA MUSYKIL DOKTOR JAWAB

Bersama

PEGAWAI PERUBATAN JABATAN KECEMASAN HOSPITAL COLUMBIA ASIA CHERAS, SELANGOR

DR MALAR SANTHI SANTHERASEGAPAN

(Beliau diundang menjadi panel dalam program DNA yang membicarakan topik Sampai Bila Kena Hidup dengan Covid-19 dan Pakai Pelitup Muka? baru-baru ini)

SOALAN 1

DOKTOR, mereka yang sudah mendapat dos vaksin suntikan pertama, malah sudah lengkap dua dos pun dijangkiti semula, walaupun kesannya tidak sampai boleh membawa kematian. Justeru, wujudlah cadangan memberi dos penggalak atau suntikan ketiga. Aakah itu solusi terbaik untuk mencegah jangkitan semula dan menguatkan lagi sistem antibodi kita?

Jawapan:

Sebenarnya, dos penggalak mungkin diperlukan untuk memanjangkan tempoh perlindungan.

Ini kerana jika diamati tempoh pandemik ini nampaknya tidak akan berhenti dalam masa yang terdekat.

Jadi, atas alasan itu kita mungkin memerlukan dos penggalak tersebut.

Namun, ia tidak bermaksud pemberian dos penggalak itu terus-menerus akan memberhentikan jangkitan kali kedua ataupun mengesahkan 100 peratus seseorang itu langsung tidak dijangkiti termasuk varian mutasi seumur hidup mereka.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Kita kena faham, dos penggalak bertujuan untuk memberi perlindungan yang lebih tinggi dan lebih panjang.

Sebagai contoh, vaksin-vaksin yang diambil oleh anak kecil ketika bayi seperti vaksin hepatitis B (tiga suntikan) dan vaksin campak, beguk dan rubella (dua suntikan).

Jadi, pemberian dos penggalak itu memanjangkan tempoh perlindungan. Misalnya dos pertama antara enam bulan hingga satu tahun, manakala suntikan kedua pula memberi perlindungan selama lima hingga 10 tahun.

Ini yang kita dapat lihat dalam vaksin yang sudah tersedia sejak dahulu lagi.

Namun, berkisar mengenai vaksin Covid-19, tiada tempoh jaminan perlindungan yang dapat diberikan kerana kita masih belum mempunyai sebarang data tepat.

Baca juga: Tiada cara lain, suntikan vaksin merupakan benteng terbaik kekang sebarang varian

Pun demikian, secara saintifiknya (pemahaman biologi), apabila dos penggalak diberikan, perlindungan itu akan lebih tinggi dan lebih lama tempohnya supaya kita dapat redakan penularan wabak Covid-19 dengan lebih berkesan.

IMBAS kod QR ini untuk menonton video DNA secara penuh.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca