SELEPAS penjualan melebihi 1.5 juta unit di sekitar Asia pada tahun lalu, Dr Clo kini boleh didapati melalui platform e-dagang dan farmasi terpilih di seluruh Malaysia.

Dr Clo merupakan alat pensterilan berinovasi ciptaan NON Corporation dan merupakan satu-satunya produk klorin dioksida dalam bentuk cecair di dunia yang telah mendapat persijilan daripada Jabatan Makanan dan Ubatan Amerika Syarikat.

Klorin dioksida adalah bahan utama untuk pensterilan, sanitasi dan disinfeksi pelbagai virus dan patogen dalam masa beberapa saat.

“Kemunculan buat pertama kali produk Dr Clo di Malaysia adalah tepat pada masanya memandangkan terdapat peningkatan terhadap keprihatinan umum berkenaan kesihatan dan keselamatan susulan pandemik Covid-19. Wabak itu juga telah mencetuskan minat dan kesedaran dalam kalangan pengguna tentang kepentingan udara dan persekitaran yang lebih bersih.

“Pada saat kesedaran orang ramai meningkat terhadap kepentingan untuk mensteril, disinfeksi dan menyahbau udara di ruang kediaman, alat pensterilan Dr Clo dapat melakukan semua itu.

“Ia sememangnya diformulasikan untuk memudahkan tugas para suri rumah memastikan keluarga mereka dilindungi secara optimum di dalam persekitaran yang spesifik,“ kata Dr Clo dalam satu kenyataan baru-baru ini.

dapur
PRODUK Dr Clo (gambar kecil) hadir dalam empat varian berbeza yang menyahbau  kediaman, bilik air, peti sejuk dan kereta.

Kenyataan itu juga menyebut, produk berkenaan tidak berbahaya kepada bayi, orang yang sedang sakit ataupun warga tua malahan ia telah digunakan di rumah penjagaan orang-orang tua secara meluas. Alat pensterilan Dr Clo itu juga mudah digunakan.

“Pengguna hanya perlu memegang kedua-dua hujung alat tersebut dan membengkokkan untuk memecahkan kapsul di dalamnya.

Iklan

“Penunjuk akan bertukar ke warna kuning dalam masa 12 hingga 24 jam selepas diaktifkan. Ia boleh dipasang di tempat yang diingini dengan menggunakan pemegang sedutan yang disertakan. Alat ini boleh digunakan sehingga 50 hari sebelum digantikan dengan yang baharu,“ katanya.

Ia boleh didapati dalam empat varian yang berbeza iaitu khas untuk kediaman, bilik air, peti sejuk dan kereta.

Iklan

Untuk maklumat lanjut layari www.drclo.com.my.

Penulis: MAZLINA ABDUL MAJID