SEBAGAI langkah bagi sentiasa mengingatkan orang ramai untuk patuh kepada prosedur operasi standard (SOP), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menggunakan dron sebagai satu kaedah untuk membuat hebahan kepada penduduk di sekitar Bahagian Sibu di Sarawak.

Memetik laporan portal media tempatan, Panglima 1 Divisyen Infantri Malaysia Mejar Jeneral, Datuk Dzulkafli Mustaffa berkata, dron canggih yang turut berupaya melaksanakan tugas-tugas risikan itu telah diterbangkan di ruang udara bandar Sibu dan juga di sekitar penempatan rumah panjang.

Apa yang menariknya, dron yang digunakan itu juga berupaya memberikan siren amaran dan nasihat kepada masyarakat untuk mematuhi PKP serta patuh kepada SOP yang disampaikan dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan babhasa Iban.

“Kita membuat hebahan kepada penduduk di Sibu supaya patuh kepada SOP dan kita menggunakan tiga bahasa iaitu bahasa Cina, bahasa Inggeris dan bahasa Iban,” katanya.

Cara sedemikian dilihat efektif bagi menyampaikan amaran dan maklumat di kawasan lebih luas dan jauh kerana masih ramai individu gagal mematuhi arahan apabila masih banyak kenderaan dilihat berada di jalan walaupun PKP kini sedang dilaksanakan.

Dron canggih bantu ATM buat hebahan supaya orang ramai patuh SOP di Sibu

Walaupun jumlah kenderaan hari ini tidaklah sebanyak jika hendak dibandingkan sebelum PKP dilaksanakan, namun pematuhan rakyat sepenuhnya terhadap PKP yang sedang dilaksanakan haruslah dicapai 100 peratus bagi memutuskan rantaian wabak Covid-19 iaitu dengan cara duduk di rumah.

ATM kini dilihat menggunakan dron secara meluas bagi mengawal dan memantau pergerakan orang awam sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mana hari ini ia dilanjutkan lagi sehingga 18 Februari ini.

Bagi mengurangkan kes penyebaran Covid-19, pihak berkuasa melakukan segala yang diperlukan dengan tidak teragak-agak mengenakan hukuman ke atas mereka yang masih berdegil.

Dron canggih bantu ATM buat hebahan supaya orang ramai patuh SOP di Sibu

Kita perlu sedar bahawa virus Covid-19 ini tidak akan hilang dalam masa terdekat.

Iklan

Virus ini berada di mana-mana sahaja di persekitaran kita. Justeru, semua orang perlu menerima dan beradaptasi dengan situasi kehidupan ini.

Budayakan amalan norma baharu untuk terus kekal sejahtera dan selamat.

Sentiasa amalkan:

Iklan
  • Pakai pelitup muka
  • Jaga jarak fizikal 1 meter
  • Kerap basuh tangan dengan sabun dan air atau guna hand sanitizer
  • Segera ke klinik kesihatan berhampiran jika bergejala

Dengan mematuhi SOP, risiko untuk dijangkiti Covid-19 adalah sangat rendah walaupun kes positif tersebut anda tidak kenali.

Bersama kita terus mengamalkan SOP dan norma baharu yang ditetapkan supaya dapat mengekang jangkitan Covid-19 dengan segera.

Kekal berada di rumah. Selamatkan negara kita!