Elegan persis Scha Alyahya

A
A
A

BIARPUN meraikan lebaran dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), namun itu tidak bermakna anda disekat daripada menggayakan busana baharu.

Jika tidak sempat singgah ke butik, beli sahaja secara dalam talian kerana cara itu lebih mudah, selesa dan selamat.

Buat wanita yang mencari koleksi baju raya konsep ringkas tetapi menawan, jangan lepaskan peluang memiliki busana keluaran Alia Bastamam x Scha Alyahya.

Sentuhan karya pereka fesyen popular, Alia tidak pernah menghampakan, apatah lagi sempena raya kali ini beliau berkolaboratif bersama selebriti, Scha Alyahya.

schaLEBARAN tahun ini pereka Alia (kiri) berkolaboratif bersama selebriti popular, Scha .

Setiap rekaan jelas mempamerkan signatur inspirasi daripada Scha yang memiliki cita rasa fesyen tersendiri.

Salah satunya koleksi Kurung Lara moden bersempena nama anak perempuan kesayangan beliau yang menampilkan potongan lengan moden.

Selain itu, koleksi Alia Bastamam x Scha Alyahya turut menawarkan variasi rekaan berasaskan fabrik mewah dan nuansa menawan.

Koleksi tersebut boleh dibeli secara dalam talian menerusi laman web aliabastamam.com. Solusi masalah penghadaman Kolaboratif raya Alia Bastamam x Scha Alyahya

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca