Enaknya apam balik, ada lebih 20 jenis inti boleh dipilih. Penghantaran terus ke rumah sepanjang PKP

A
A
A

SIAPA yang tidak gemar dengan apam balik? Satu sajian yang ringkas, lazat dan boleh diperoleh setiap masa tanpa sebarang masalah.

Penulis merupakan salah seorang penggemar tegar apam balik. Terus terang, untuk mencari gerai yang menjual sajian yang betul-betul sedap agak sukar.

Ini kerana bukan sekadar inti kacang atau jagung, malah penggunaan jenis tepung, selain sukatan yang tepat bagi menghasilkan apam yang gebu dan tahan lama perlu diambil kira.

apam balik

Gerai Apam Balik Nusantara yang diusahakan oleh pasangan suami isteri, Adrianto Edward, 51, dan Nurul Haslin Abdul Halim, 42, menepati kriteria yang dinyatakan itu.

Difahamkan, gerai tepi jalan Apam Balik Nusantara yang terletak di Jalan Hamzah, Kampung Baru, Kuala Lumpur sentiasa menjadi tumpuan.

Menurut Nurul Haslin, faktor yang membuatkan ramai singgah ke premisnya adalah disebabkan variasi jenis inti yang ditawarkan.

apam balik

"Kami ada lebih 20 jenis inti pilihan dan pastinya paling laris adalah inti asli durian D24," katanya kepada SinarPlus.

Pada awalnya, kata usahawan itu, beliau hanya menjual apam balik dengan inti kacang dan jagung sahaja. Bosan dengan menu yang sama setiap hari, idea unik untuk mempelbagaikan pendekatan perniagaan tercetus pada tahun 2006.

"Alhamdulillah, pilihan pelbagai inti dapat sambutan. Menariknya lagi, pelanggan juga boleh memilih inti 4 dalam 1, 3 dalam 1 atau 2 dalam 1. Semuanya terpulang kepada cita rasa mereka," cerita ibu kepada dua cahaya mata itu.

apam balik

Bercakap mengenai keistimewaan apam balik yang ditawarkan, anak jati Pulau Pinang yang dibesarkan di Kuala Lumpur itu berkata, mereka tidak kedekut untuk memastikan isi inti melimpah-ruah.

"Bagi mereka yang pernah mencuba apam balik kami, memang dijamin puas hati kerana intinya memang padat dan banyak. Kalau isi jagung dan kacang itu, ia diberi sama rata supaya bila makan nanti, nikmatnya akan lebih terasa.

Baca juga Harga murah dan topping unik, Ais Kepal Cik Ana viral sepanjang PKP

"Makan panas-panas dengan apam yang lembut gebu, ditambah inti yang mewah memang akan membuatkan peminat sajian ini terus teringat-ingat.

"Kebanyakan warga kota sudah tahu lokasi kami, jadi senang untuk ke sini. Bagi mereka yang susah nak datang, jangan bimbang kerana perkhidmatan terus ke rumah pun turut disediakan," katanya.

apam balik

Apam Balik Nusantara

  • Alamat: Jalan Hamzah, Kampung Baru, Kuala Lumpur
  • Waktu operasi: 3.30 petang hingga 10 malam
  • Menu signatur: Apam balik durian dan coklat keju
  • Harga: Bermula RM4.50 hingga RM12
  • Facebook: Apam Balik Nusantara
  • Instagram: @apambaliknusantara

Bukan sahaja inti yang melambak dan mewah menjadi pilihan, peminat apam balik juga ada yang menyukai jenis yang rangup dan bersaiz comel kerana mudah dimakan begitu sahaja.

Berikut adalah 4 port makan-makan yang menyajikan menu apam balik yang boleh pembaca SinarPlus pilih jika berada dalam kawasan lingkungan. Jaga prosedur operasi standard Covid-19 ya!

apam balik

Apabila Cafe

  • Alamat: G-2(12) Bazar Beseri 2, Pekan Balai Baru, Beseri, Perlis
  • Waktu operasi: 11 pagi hingga 9 malam
  • Menu signatur: Apam Balik Nutella
  • Harga: Bermula RM2
  • Facebook: Apabila Cafe

apam balik

Apam Balik Kak Dila (Pasar Lama)

  • Alamat: Bandar Baru Pasir Puteh Sentral, Pasir Puteh, Kelantan
  • Waktu operasi: 11 pagi hingga 6.30 petang
  • Menu signatur: Apam Balik Pandan Pulut Hitam
  • Harga: Bermula RM5
  • Facebook: Fa Dyla

apam balik

Apam Balik Abang Pomen

  • Alamat: Taman Bersatu, Jalan Simpang Pulai-Ipoh, Simpang Pulai, Perak,
  • Waktu operasi: 10 pagi hingga 7 petang
  • Menu signatur: Apam Balik Coklat Pisang Keju
  • Harga: Bermula RM3 hingga RM8
  • Facebook: Apam Balik Abang Pomen

apam balik

Apam Balik Kasih

  • Alamat: Hadapan Baden Baden Bundle Port Dickson, Negeri Sembilan
  • Waktu operasi: 11 pagi hingga 5 petang
  • Menu signatur: Apam Balik Coklat Keju
  • Harga: RM1 hingga RM6
  • Facebook: Apam Balik Kasih

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca