Facebook dan Instagram bakal ditutup bermula di Eropah? Ramai netizen bahas isu hak privasi pengguna

A
A
A

BAYANGKAN jika aplikasi Facebook dan Instagram terpaksa dihentikan di beberapa negara hanya disebabkan hak privasi perlindungan data pengguna?

Hal itu terjadi di benua Eropah baru-baru ini apabila pemilik tunggal dua aplikasi tersebut, Meta Platform Inc memberi peringatan kepada badan perundangan negara berkenaan.

Lapor pocketnow.com, Facebook dan Instagram berdepan saat sukar apabila Eropah memperkenalkan undang-undang baharu iaitu larangan memindah data pengguna keluar dari negara tersebut.

facebook instagram dihentikan eropah

Sebelum ini, Meta memperkenalkan Privacy Shield sebagai rangka kerja pemindahan data transatlantik, namun tidak disahkan Mahkamah Keadilan Eropah.

Ini kerana rangka kerja pemindahan data tersebut dikatakan satu pelanggaran perlindungan data pengguna yang tidak boleh dipandang ringan.

Memetik kenyataan Meta, syarikat itu sedang memproses data pengguna merentas benua di seluruh Amerika Syarikat dan Eropah untuk tujuan pengiklanan bersasar.

"Jika rangka kerja pemindahan data transatlantik baharu tidak diterima pakai, kami tidak dapat terus bergantung kepada kaedah pemindahan data alternatif lain.

facebook instagram dihentikan eropah

"Situasi ini menjejaskan perniagaan, kewangan dan hasil operasi kami secara keseluruhan," kata Meta.

Pun begitu, undang-undang baharu yang memerlukan data pengguna disimpan dan diproses melalui server Eropah sahaja membuatkan Meta tidak dapat mematuhi perjanjian perkongsian data baharu berkenaan.

Baca juga Facebook, Instagram, WhatsApp kembali selepas lumpuh 6 jam, terima 10.6 juta laporan seluruh dunia

facebook instagram dihentikan eropah

Dalam satu laporan yang dikemukakan kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (Securities and Exchange Commission), Meta telah menggariskan senario yang mana penutupan aplikasi Facebook dan Instagram boleh berlaku di Eropah.

Krisis berkenaan juga membuatkan Meta bukan sahaja berkeras mahu menghentikan Facebook dan Instagram, malah perkhidmatan servis penting lain di negara tersebut.

facebook instagram dihentikan eropah

Lapor portal itu lagi, Meta menggesa badan kawalan selia negara tersebut mengambil pendekatan yang pragmatik untuk meminimumkan gangguan yang bakal berlaku.

Jika tidak, ujar Meta, operasi perniagaan yang bergantung sepenuhnya kepada Facebook dan Instagram akan berdepan masalah.

Baca juga Meta nama baru Facebook, berikut 10 info mengenainya

"Kami memahami pembuat dasar sedang berusaha ke arah penyelesaian jangka panjang yang lebih mampan.

"Namun, sila pertimbangkan kaedah terbaik memandangkan mekanisme pemindahan data ini dengan niat yang baik dan selamat untuk pengguna," katanya lagi.

facebook instagram dihentikan eropah

Apa pandangan anda? Sudah bersediakah kita untuk melepaskan Facebook dan Instagram sebagai sebagai aplikasi media sosial jika perkara sama berlaku di Malaysia?

Tidak dinafikan dua aplikasi popular tersebut menjadi platform untuk orang ramai mempromosikan bisnes masing-masing kerana lebih mudah dan percuma.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Pun begitu, banyak juga aplikasi lain yang diguna pakai untuk platform berjualan, namun bukan mudah untuk mencari yang betul-betul serasi atau mesra penggunakan?

Apapun kita tunggu dan lihat sahaja perkembangan terbaharu isu Meta tersebut. Mungkin mereka capai perjanjian baharu yang win win situation. Mana tahukan?

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca