Isu Duta jenama fesyen hangat! Sally tak salahkan sesiapa, ulas trend influencer ganti artis– ‘Rezeki ada di mana-mana’

No Image Caption
A
A
A

PEMPENGARUH media sosial terkenal, Sally Whoo, baru-baru ini berkongsi pandangan mengenai isu pemilihan duta bagi sesebuah jenama fesyen, terutama apabila ada individu tersebut kemudiannya digugurkan daripada senarai. 

Optimis dengan perkara tersebut, Sally mengakui semuanya bergantung kepada rezeki.

"Kalau macam tu, apa yang saya rasakan, ia bergantung pada rezeki lah. Mungkin kalau rezeki kita sampai kat situ, kat situ je lah. 

"Buat apa kita nak jadikan isu dengan orang lain kan? Kalau kita deliver dengan baik, dan klien masih pilih kita, bersyukur lah, itu rezeki," katanya jujur.

No Image Caption

Ibu kepada tiga cahaya mata itu berkata demikian ketika ditemui dalam majlis pelancaran koleksi terbaharu, Telekung Leona, hasil kolaborasi bersama Sally dan Zara Awliya, yang mana dirinya menjadi wajah kempen telekung berkenaan.

"Alhamdulillah, pada saya peluang berharga ini boleh dikatakan sebagai rezeki untuk anak-anak terutama kembar yang baru lahir.

"Kini, kehadiran dua cahaya mata baharu ini melengkapkan lagi kebahagiaan kecil keluarga kami.

"Jika sebelum ini, kolaborasi saya lebih kepada solekan, apapun saya syukur dengan rezeki yang diberikan DIA," ungkapnya lagi.

Untuk rekod, Sally mendirikan rumah tangga bersama suaminya yang dikenali sebagai Toq.

Sebelum ini, pasangan tersebut dikurniakan seorang anak lelaki, Ean Maleeq. 

No Image Caption

Pemilihan influencer berbanding artis

Menyentuh mengenai pemilihan influencer berbanding artis kini semakin ketara oleh sesebuah jenama, pemilik nama sebenar, Nur Salihah Aimuni Muhammad Azaham berkata, mungkin kerana pempengaruh media sosial kini lebih dekat dengan pengguna, terutama di platform TikTok. 

Sementelah kini paltform media sosial berkenaan digunakan ramai golongan termasuklah dari pelbagai peringkat umur.

"Sekarang, Instagram you know, all over the world. Tambah lagi, TikTok. Kita ada TikTokers, semua orang main TikTok. Mak cik-mak cik, mak ayah semua main TikTok sekarang. 

"Jadi mungkin klien nak capai brand awareness dengan cepat melalui influencer," jelasnya.

Pun demikian, Sally juga mengingatkan anak-anak muda yang bercita-cita menjadi influencer agar tidak mengabaikan pendidikan.

"Belajar tetap perlu. Ramai yang nak jadi YouTuber, nak cantik-cantik, nak famous, boleh saja. Tapi habiskan belajar kerana itu paling utama.

"Kalau nak Influencer boleh, tiada masalah tetapi pastikan kalian influencer yang berimpak, yang ada manfaat dekat orang," tambahnya.

No Image Caption

Bagi Sally, kunci menjadi influencer yang berjaya bukan sekadar mengejar populariti semata-mata, tetapi juga mampu memberi nilai tambah dan inspirasi.

"Kalau nak buat video, contoh macam TikTokers, fikir dulu: video tu bermanfaat ke untuk orang, atau sekadar viral tapi tak beri apa-apa impact? 

"Jadi kalau nak jadi influencer, sebaiknya jadi yang memberi, bukan sekadar terkenal," nasihatnya kepada generasi muda.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang