Fesyen AJL37 jadi bualan. Busana Aina Abdul memang 'next level', pakaian Nabila Razali & Janna Nick kena kecam

A
A
A

Fesyen AJL37 jadi bualan. Busana Aina Abdul memang 'next level', pakaian Nabila Razali & Janna Nick kena kecam

SETIAP Kali majlis penganugerahan berlangsung, acara karpet merah paling dinantikan ramai.

Waktu inilah, barisan selebriti tampil melaram dengan pelbagai gaya fesyen hasil sentuhan pereka pilihan mereka.

Terbaharu, berlangsungnya Anugerah Juara Lagu (AJL 37) yang berlangsung meriah bertemakan Dimensi Muzik. Rata-rata finalis dan artis jemputan tidak mahu kalah dalam bergaya.

Baca ni 'Baju 'letup', pemandangan cantik. Memang 'queen' betul.' Perkongsian Che Ta bercuti di Bali raih perhatian

Majlis tersebut menyaksikan Alha Alfa Cosmetics sebagai penaja utama.

Tunggu apa lagi, jom kita cuci mata melihat gambar-gambar selebriti di karpet merah AJL37. Fesyen siapakah yang paling mencuri tumpuan dan siapa pula yang mendapat kutukan netizen.

Apa kata anda? Jom kongsikan di ruangan komen.

1. Janna Nick

Sekali lagi kemunculan pengacara Famili Duo musim kedua mendapat reaksi warga maya. Memilih busana bling- bling rona kelabu yang agak terdedah, membuatkan sebahagian netizen mengecam penampilan pelakon, penyanyi dan juga pengacara itu.

2. Nabila Razali

Turut meraih kontroversi semestinya pelantun lagu Peluang Kedua apabila manik 'berlian' pada busana rekaan Teh Firdaus yang dikatakan tercabut.

Bukan itu sahaja, ada yang menegur lilitan tudung pelakon drama Kerana Cinta Itu Ada tidak sesuai dan terlalu singkat.

3. Datuk Fazley Yaakob

Simple namun tetap bergaya.

4. Emma Maembong

Baru pulang daripada mengerjakan umrah, Emma tampak begitu anggun dengan busana rekaan Rizman ruzaini. Gaun sarat dengan perincian menarik jemeki menambahkan pesona ibu anak satu itu.

5.Fiza Frizzy

Wah nampak lain Fiza tanpa rambutnya yang 'curly'. Gaun silver melekap di tubuh menyerlahkan gaya hos ibu kepada tiga cahaya mata itu.

6. Ismail Izzani

Hadir memberikan sokongan buat rakan artis yang bertanding, gaya Ismail Izzani onz ke tak?

7. Ubai MZ

Bagi yang kurang mengenali jejaka ini, selain pempengaruh media sosial, pemilik nama sebenar Muhammad Ubaidillah itu yang kini dikatakan hangat bercinta dengan Shila Amzah. Malam ini, beliau hadir memberikan sokongan kepada kekasihnya itu.

8. Siti Saida & Siti sairah

Walaupun sedang berbadan dua, Siti Sairah tidak mahu melepaskan peluang hadir memeriahkan majlis. Gaun labuh hitam putih bercorak kotak jadi pilihan. Manakala Saida memilih gaun rona hijau lumut yang sarat dengan labuci.

9. Erni Zakri

Persembahan yang cukup power daripada isteri kesayangan Syamel itu mendapat pujian ramai. Nyata, kelebihan sebagai guru vokal membolehkan Erni meraih pujian ramai.

Pemilihan gaun labuh bercorak kuntuman bunga itu dipuji cantik dan memukau dengan paduan rona hitam dan merah. Vass kan?

10. Dayang

Ringkas namun cukup manis dan terserlah kelangsingan Dayang dalam busana tersebut.

11. Marsha

Tema milenium ala Stars wars rona putih menjadi pilihan Marsha yang mempertaruhkan lagu Kembali Terang.

12. Shila Amzah & Liza Hanim

Gemerlapan labuci bertaburan pada busana menyerlahkan pesona dua ratu balada ini dalam mempertaruhkan lagu duet, Bahagiakan Dia.

13. Aina Abdul

Sememangnya beliau 'Queen' dalam fesyen unik. Sentuhan Melinda Looi, busana rona putih dengan konsep ala-ala terapung di awanan membuatkan penampilan Aina cukup mengagumkan.

Baca lagi Melinda Looi pilih anak sendiri untuk berkolaboratif dalam koleksi terbaharu yang berjiwa muda

Aina mempertandingkan lagu ciptaan sendiri, Terus Hidup menyaksikan beliau merangkul Anugerah Juara Lagu 37 dan  Vokal Terbaik. Tahniah Aina, anda memang layak!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca