Sesekali wanita bergaya 'kacak', ranggi persis maskulin

A
A
A

IRONINYA, berbicara sahaja mengenai gaya wanita, fikiran pantas membayangkan gaun meleret, skirt potongan A, blaus ataupun kemeja yang mengikut potongan badan.

Walhal, kaum Hawa juga berpeluang tampil maskulin yang menerapkan sisi feminin dalam persalinan jaket ataupun sut. Tak percaya?

Jom segmen Sihat Cantik kongsikan 3 gaya yang membantu wanita lari seketika daripada fesyen anggun.

Kuasa material kulit

fesyenPELAKON Siti Elizad kelihatan ranggi menggayakan jaket kulit ketika melakukan aktiviti bermotosikal kuasa tinggi.

Jaket kulit nuansa hitam dan coklat tidak pernah ditelan zaman. Hadirlah warna moden sekalipun pelengkap gaya tersebut sentiasa 'menghidupkan' isi almari.

Selain jaket, tas tangan, kasut dan aksesori kepala berasaskan material kulit juga boleh dijadikan koleksi wajib setiap tahun. Item fesyen berkenaan bukan sahaja sesuai digayakan tatkala menikmati kopi di kafe hipster, malah tampak ranggi dipakai ketika menyertai konvoi motosikal berkuasa besar bersama suami dan geng.

Sut ala maskulin

Pemakaian sut antara item fesyen pilihan 2020.

Kombinasi seluar slack dan blazer potongan fit warna sedondon bersama kemeja rona lembut secara tidak langsung menyerlahkan gaya sofistikated khususnya wanita bekerjaya dalam bidang korporat.

fesyenSCHA Alyahya antara selebriti yang sentiasa tampak stailo menggayakan sut ala maskulin pelbagai warna dan rekaan.

Buktinya, lihat sahaja penampilan selebriti Scha Alyahya yang tampak 'segak' dalam persalinan sut persis maskulin.

Kot dres

Mungkin segelintir wanita menyifatkan kot dres hanya sesuai digayakan di negara beriklim sejuk kerana menggunakan fabrik tebal. Sebenarnya, di Malaysia pun anda berpeluang menyarungkan busana tersebut ke acara tertentu yang berlangsung di dalam dewan berhawa dingin.

fesyenKOT dres rona coklat menjadi pilihan penyanyi Dayang Nurfaizah.

Jika tidak percaya, singgah ke laman sosial Instagram penyanyi popular Dayang Nurfaizah @dayangsayangkamu. Membelek satu persatu kepingan foto dimuat naik, Dayang antara selebriti yang bijak menggayakan kot dres mengikut kesesuaian acara dan majlis.

Meskipun busananya berwarna coklat polos, tetapi anak kelahiran Kuching, Sarawak itu kekal stailo apabila dirias dengan konsep solekan dan dandanan rambut bersesuaian. Apatah lagi, menggayakan kasut but paras betis.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca