Busana pastel: Jovian, Ezuwan anggun bergaya dengan pasangan, Tya & Nad tampak cute je

A
A
A

BIARPUN menyambut Hari Raya Aidiladha dalam situasi pandemik Covid-19, namun kemanisan perayaan masih dirasai.

Walaupun perlu mematuhi beberapa SOP ditetapkan seperti menjaga penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka, tetapi itu tidak bermakna hari raya disambut dalam suasana suram.

Disebabkan itu, tiada salahnya kita bergaya dan menyarungkan busana indah pada hari istimewa ini, asalkan tampak sopan.

Pemilihan warna dan motif pula adalah bergantung pada cita rasa masing-masing.

Pun begitu, pemerhatian segmen Sihat Cantik hari ini mendapati rata-rata personaliti lebih cenderung memilih pakaian raya rona pastel.

artisPENYANYI Amirah Othman (kiri) dan famili pelakon Norman Hakim dan Memey tampak manis dalam persalinan warna lembut.

Famili pereka terkemuka tanah air, Datuk Jovian Mandagie misalnya, antara yang menggayakan busana warna sedemikian.

Menerusi laman sosial Instagram isterinya, Datin Nina Sabrina Ismail Sabri memuat naik foto raya mereka yang kelihatan minimalis dalam persalinan busana warna putih.

Jovian selesa dengan jubah polos manakala Nina dan permata hati, Jeanelle Nika Mandagie pula manis menggayakan kebaya pendek moden.

jovian nina

Bagaimanapun, bagi menyuntik keceriaan Nina Sabrina suai dan padan bersama kain batik nuansa jingga coklat.

ezuwanEZUWAN dan family memilih warna krim dan hitam pada sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini.

Sementara itu, pereka fesyen Ezuwan Ismail dan isteri yang menyambut Hari Raya Aidiladha di Kampung Serdang Muda, Kelantan juga tampil sedondon dengan kombinasi warna coklat lembut dan hitam.

Selain itu, penampilan pelakon kelahiran Palembang, Indonesia, Tya Arifin turut terserlah apabila jubah fabrik renda Perancis warna pastel menjadi pilihan hati.

tya arifinMANIS. Penampilan Tya sekeluarga tampak sweet dengan warna pastel.

Pelakon berbakat besar, Nad Zainal juga antara selebriti yang memilih busana tradisional warna pastel.

Bagaimanapun, ibu kepada Fahad Ibrahim Muhammad Faliq tersebut mencipta kelainan apabila memadankan baju kurung bintik polka bersama kain batik rona gelap.

nad zainal

Ternyata penampilan seumpama itu membuatkan Nad tampak cute dan kasual.

 

 

 

Foto: Instagram selebriti

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca