MELIHAT keghairahan anak muda hari ini yang kreatif bereksperimentasi dalam perihal fesyen, secara tidak langsung telah mendorong pelbagai jenama baik antarabangsa mahupun lokal mencipta koleksi gaya tersendiri.

Satu daripadanya adalah Jinks. Jinks merupakan label fesyen tempatan baharu berkonsepkan kegirangan dan muda yang menawarkan koleksi baju-T dan baju panas cetakan funky.

Diilhamkan daripada nama pengasasnya, Johanis Sani (JS), disusuli pula perkataan tambahan ‘ink‘ di tengah, Jinks mencerminkan minat pencinta fesyen dalam kalangan generasi muda terhadap bidang seni dan kraf.

Menurut Johanis yang juga influencer media sosial, berdasarkan tema pilihan, matlamat Jinks bukan sahaja menyediakan busana ideal untuk digayakan, bahkan turut menyuntik ilham gaya hidup moden khususnya buat kelompok berusia antara 18 hingga 24 tahun.

fesyen

“Slogan A Little Extra yang diterapkan jenama Jinks misalnya, direka khas selari dengan kehidupan serba moden pada hari ini. Penerapan signatur ’sedikit kelebihan’ dalam kesederhanaan, sekali gus membangkitkan keperibadian diri, nilai kekitaan dan keunikan selain memberikan keselesaan kepada si pemakai.

“Bukan itu sahaja, demi meraikan setiap saiz dan ukuran badan untuk semua individu, Jinks turut mengambil inisiatif menyediakan ukuran yang boleh digayakan mengikut cita rasa masing-masing,“ jelas penerima Anugerah Influencer of The Year 2016 oleh Zalora dalam satu kenyataan kepada SinarPlus baru-baru ini.

Pengiktirafan istimewa tersebut diberikan berikutan dedikasi dan hasil seni beliau yang tidak lokek berkongsi tentang fesyen bersama para pengikutnya di media sosial.

Dalam pada itu, Johanis, 23, yang pernah memenangi Anugerah Instafamous Kategori Paling Stylo pada tahun 2018 dan 2019 turut memberitahu, keunikan Jinks antaranya terletak pada koleksi baju bersifat uniseks yang bertujuan mengubah norma berpakaian mengikut jantina.

“Lagipun dalam bab berfesyen, kita seharusnya bebas daripada sebarang diskriminasi dan perlu berani mengekspresi gaya pilihan peribadi,“ ulas beliau yang menterjemahkan personaliti, minat dan gaya hidupnya pada setiap rekaan.

Pelbagai seleksi

Bagi wanita yang mencintai ketenangan dan gaya santai, baju-T Uranus rona biru lembut antara koleksi ideal. Pemilihan warna tersebut adalah selari dengan kecenderungan Johanis yang aktif berkongsi video berkaitan pelancongan.

 

Iklan

fesyen

Beliau menyifatkan alam semula jadi tidak pernah gagal memberikan kedamaian dan membuatkannya berada dalam dunia tersendiri. Lantas, mood tenang yang membuai jiwa itu diterapkan menjadi lakaran grafik pada baju-T palet lembut berkenaan.

Sementara itu, koleksi Naptune pula merupakan baju-T berwarna ungu potongan besar hingga ke bahu. Grafik Gemini yang menghiasi item fesyen berkenaan mencerminkan dua sisi Johanis iaitu saling melengkapi dan berdikari.

fesyen

Iklan

Selain baju-T yang selesa digayakan ketika bersantai, Jinks juga tidak ketinggalan menawarkan baju pullover hoodie (ala baju panas) daripada koleksi Mars. Pelengkap gaya berwarna merah jambu dan menampilkan cetakan konsep elektrik itu diperbuat daripada 95 peratus kapas manakala lima peratus bahan spandeks.

Bagi mereka ingin tampil sedondon bersama teman tersayang, baju panas Jupiter mungkin pakaian yang boleh dipertimbangkan memandangka ia bersifat uniseks dan versatil.

fesyen

Penggunaan tiga warna terang seperti kuning, merah dan biru umpama membawa si pemakai kembali ke zaman 1980-an yang sarat dengan warna-warni keceriaan