Wanita plus size pun boleh bergaya baju bercorak, tiru fesyen Sherry Alhadad

A
A
A

BERSAMA Perunding Imej dan Penata Gaya, Azlia Idha

SOALAN 

LAZIMNYA, wanita berbadan gempal lebih cenderung memilih pakaian nuansa gelap kerana menyifatkan langkah tersebut membantu mencipta efek kurus.

Persoalannya, selain warna-warna gelap seperti hitam dan kelabu, adakah busana bercorak bunga atau jalur juga boleh membuatkan saya kelihatan langsing?

- SHILLA KAMARULZAMAN, 32, AYER KEROH, MELAKA

JAWAPAN:

SEMESTINYA boleh, asalkan anda mengenal pasti jenis bentuk badan terlebih dahulu.

Secara asasnya golongan wanita mempunyai lima bentuk badan utama iaitu bentuk buah epal, pir, jam pasir, pembaris dan segi tiga terbalik.

Setiap jenis bentuk badan tersebut terdapat cabaran pemakaian tersendiri.

Dianggarkan 60 peratus wanita Asia termasuk Malaysia memiliki bentuk badan jenis buah pir iaitu berisi pada bahagian pinggang hingga ke bawah.

tip cantikSECARA asasnya wanita mempunyai lima bentuk badan utama iaitu bentuk buah epal, pir, jam pasir, pembaris dan segi tiga terbalik.

Disebabkan itu, kaum Hawa yang berbentuk ala buah pir ini sentiasa memfokuskan untuk menutupi bahagian pinggul dan paha.

Menjawab persoalan ini, di sini saya sertakan dua stail untuk rujukan wanita berbadan gempal.

Kardigan labuh

Gayakan kardigan labuh yang tidak berlengan, lalu padankan bersama baju-T polos dan denim atau apa sahaja seluar mengikut keselesaan untuk bergerak.

Keistimewaan kardigan konsep itu membuatkan badan kelihatan ‘terbahagi‘ pada beberapa bahagian. Ini bermakna dari segi impak visual, wanita akan tampak kurus dan tinggi.

Bukan itu sahaja, item fesyen tersebut juga membantu menutup bahagian pinggul dan paha wanita yang bersaiz besar.

Corak

Selain itu, wanita turut berpeluang kelihatan langsing dengan menyarungkan blaus, seluar atau baju kurung jalur menegak berbanding abstrak dan bunga.

sherry ahadadSHERRY ALHADAD antara selebriti bersaiz gempal yang bijak bergaya dalam persalinan busana polos ataupun bercorak.

Caranya mudah sahaja, pilih jalur bersaiz halus atau sederhana.

Suka diingatkan bahawa pemilihan corak tidak boleh dipandang ringan kerana ia membuatkan badan nampak lebih berisi.

Pun begitu, bagi mereka yang teringin untuk memakai baju motif bunga atau abstrak, tidak menjadi masalah.

Apa yang penting pilih corak bersaiz kecil atau medium sahaja untuk siluet langsing.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by sinarplus (@sinarplus) on

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca