Fiza, Yanice manfaat platform Carousell

No Image Caption
A
A
A

TEMPOH Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membuatkan kebanyakan rakyat Malaysia memanfaatkan apa yang mereka ada melalui aktiviti penjualan dan pembelian, menurut satu kajian perilaku pengguna oleh Carousell.

Berdasarkan rekod, rakyat Malaysia telah melakukan lebih 690,000 transaksi untuk barangan terpakai bagi mendapat lebih wang, sama ada untuk simpanan waktu kecemasan, menambah pendapatan atau bagi mengurangkan kesan akibat kehilangan pekerjaan.

Semasa PKP, barangan elektronik masih menerima banyak permintaan dengan lebih 1.2 juta carian peralatan kerja dari rumah.

Bagi pengguna seperti Fiza, beliau telah memanfaatkan platform Carousell untuk menjual tart nanas. Seorang lagi penjual, Yanice pula menjual pelitup muka kain yang kreatif.

Secara keseluruhan, terdapat peningkatan sebanyak 115 peratus dalam purata transaksi harian yang dibuat melalui Carousell Protection.

Penulis: Mazlina Abdul Majid

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca