PEMINAT peranti pintar jenama Samsung pastinya teruja dengan pengenalan model baharu, Samsung Galaxy X Fold2 yang baru sahaja dilancarkan baru-baru ini bagi generasi kategori telefon lipatnya.

Samsung dalam satu kenyataan berkata, Galaxy Z Fold2 yang tampil dengan skrin penutup dan skrin utama yang lebih besar menggabungkan reka bentuk kukuh dengan kehalusan buatan pakar serta ciri-ciri baharu bagi pengalaman mudah alih unik dalam kehidupan harian.

Galaxy X Fold2 generasi baharu telefon lipat Samsung

Presiden dan Ketua Perniagaan Komunikasi Mudah Alih Samsung Dr TM Roh berkata, pelancaran telefon baharu itu menunjukkan bahawa syarikat itu mendengar maklum balas daripada pengguna bagi memastikan penambahbaikan kepada produknya selain membangunkan inovasi baharu bagi keselesaan pengguna.

“Diperkukuhkan lagi dengan perkongsian kami bersama Google dan Microsoft, kami membentuk dan meneroka semula pilihan pengalaman peranti mudah alih,” katanya.

Telefon pintar baharu itu didatangkan dengan skrin infiniti-O 6.2 inci yang menyediakan kebolehgunaan maksimum bagi menyemak e-mel, mencari arah atau malahan menonton kandungan kegemaran tanpa perlu membuka lipatan peranti setiap masa.

“Oleh kerana Galaxy Z Fold2 mempunyai ciri-ciri reka bentuk generasi ketiga, ruang bagi struktur sweeper adalah lebih kecil berbanding Galaxy Z Flip. Hideaway Hinge menampilkan teknologi revolusi, komposisi gentian diubahsuai dan densiti gentian diselaras,” kata syarikat itu.

Samsung menawarkan instrumen dalam talian bagi pengguna untuk menyesuaikan Galaxy Z Fold2 dengan empat warna Hideaway Hinge yang berbeza – Perak Metalik, Emas Metalik, Merah Metalik dan Biru Metalik.

Iklan

Pemilik Galaxy Z Fold2 akan disediakan dengan perlindungan peranti satu kali terhadap kerosakan paparan tidak disengajakan dalam tempoh setahun daripada tarikh pembelian.

Iklan

Telefon itu juga akan disokong oleh tiga negerasi sistem operasi (OS) Android yang dinaik taraf.

Bagi maklumat lanjut mengenai Galaxy Z Fold2, boleh layari: https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-z-fold2/.