PERTUNJUKAN fesyen Bulan Bintang bertemakan ‘Takes The Sky’ tahun lepas melakar sejarah apabila berjaya mencatat Malaysia Book of Records.

Kehebatan jenama tersebut membawa satu dimensi berbeza dengan ‘projection mapping’ atau juga dikenali sebagai video mapping yang menggunakan 350 dron mencetuskan kekaguman oleh warga maya.

Bukan itu sahaja, pertunjukan fesyen itu turut menampilkan barisan duta terkemuka seperti Shukri Yahaya, Sharnaaz Ahmad, Nadhir Nasar, Beto Kusyairy, Hannah Delisha dan Daiyan Trisha selain daripada persembahan istimewa daripada artis-artis tanah air seperti Dolla, Ernie Zakri dan Syamel.

Baca ni Bulan Bintang jenama tempatan pertama yang menggunakan 3D billboard di hadapan KLCC

bulan bintang

Memang bukan kaleng-kaleng!

Pun demikian, kedengaran rungutan daripada pembeli yang kurang berpuas hati dengan kualiti penghasilan baju melayu. Sehinggakan ada yang melabelkan ia sebagai indah khabar daripada rupa.

Disebabkan itu, pengasasnya Azzim Zahid Azmi tampil mendengar dan membuat perubahan drastik untuk tahun 2024.

Beliau nekad mahu memastikan produk yang dikeluarkan itu jauh lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya.

“Pertama kali dalam sejarah! Tak pernah lagi saya buat perjumpaan face to face dengan pelanggan, bekas pelanggan, bekas pelanggan dan juga haters jenama ini. Aku jemput 9 orang tetamu istimewa datang ke Private Viewing Session untuk tengok sendiri barang Bulan Bintang 2024. Aku biarkan mereka pergi ambik kotak baju di rak, dan periksa sendiri.

bulan bintang 1

Baca juga ‘Jangan terlalu paksa tubuh bekerja.’ Pereka fesyen & ikon fesyen Muslimah terkenal Dian Pelangi kongsi tip diet, bantu turun 12kg!

“Kalau tak buat begini, risau netizen kata saya hanya promosi barang-barang yang elok, yang dah rancang sahaja.

“Alhamdulillah, saya dan team sangat-sangat gembira bila dengar sendiri feedback tentang baju melayu tahun 2024. Kami terima 99% positive feedbacks daripada yang datang semalam,” ungkap anak muda yang mesra disapa Meri.

Baca lagi ‘Cantiknya, tak nampak tua. Awet muda betul.’ Ikut trend viral tiru fesyen anak, gelagat sporting Vanidah Imran raih pujian

 

KUALITI JAHITAN

Iklan

Menurutnya, pelanggan hadir itu dipilih secara rawak oleh pihak label berkenaan. Ada juga yang siap membawa baju Melayu tahun lepas untuk membuat perbandingan kualiti jahitan, jenis kain dan beberapa ciri baharu yang ada pada baju Melayu Bulan Bintang.

“Tetamu yang datang semalam sangat suka dengan kualiti kain baru yang kami guna, kualiti jahitan yang semakin halus dan kemas dan ada beberapa features baru yang kami introduce untuk tahun 2024 ni. Ada yang terus beli 2-3 pasang terus,”ujarnya sambil mengalu-alukan kedatangan pelanggan bermula Sabtu ini.

bulan bintang 2

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut Meri memuji cara mereka yang bersungguh-sungguh mahu mengembalikan kepercayaan pelanggan untuk jenama tersebut.

‘Dah pegang dah tengok dah teliti, mmg one word… Terbaik.’

‘Moga yang baik-baik sahaja untuk baju Melayu Bulan Bintang…. 2024 bisnes keras bro.’

Iklan

‘Pengasas BB berani buat macam ni untuk dapat balik kepercayaan pelanggan BB yang kecewa sebelum ni. Memang saya respect. Bukti yang nothing can bring u down & nothing cant stop u to stand great again. Congrats @meripergibulat yang sentiasa positive!

Sumber: Instagram meripergibulat

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang