DIAN Pelangi, satu nama yang menjadi sumber inspirasi wanita Muslimah di seluruh dunia.

Beliau berjaya membuktikan biarpun menutup aurat, namun masih boleh mencipta nama dalam dunia fesyen.

Setiap satu helaian busana yang ditampilkan menerusi jenamanya sendiri iaitu Dian Pelangi Fashion pantas menarik perhatian ramai.

Ia juga cukup memikat mata yang memandang, sementelah desain yang diketengahkan selari dengan kehendak semasa.

Dian pelangi

Baca ni ‘Hadiah hari jadi terbaik.’ Berbakat, kaya & terkenal, perkongsian Marian Rivera sempena hari lahir ke-39 tahun raih perhatian!

Menarik lagi tentang Dian Pelangi Fashion, hasil karya jenama berkenaan turut dipamerkan di beberapa bandar besar seperti Singapura, London, Melbourne, Kaherah dan Paris. Hebat, kan?

Sebelum ini, Dian melengkapkan impian ramai pereka lain apabila pernah menyertai New York Fashion Week.

Kejayaan tersebut bukan sahaja membantu melonjakkan nama beliau sebagai pereka fesyen terkenal, bahkan turut mengharumkan nama negaranya sendiri.

Justeru, tidak hairanlah apabila gaya yang ditampilkan wanita berusia 32 tahun itu menjadi ikutan terutama buat wanita berhijab.

Dian pelangi

Baca ni Ini rahsia Park Shin-Hye berjaya turunkan berat 10kg sebulan lepas bersalin. Cukup mudah & sihat pula tu!

ANAK MUDA BERPENGARUH

Portfolio personaliti itu memang gah. Pemilik nama sebenar, Dian Wahyu Utami itu juga pernah tersenarai sebagai 30 anak muda paling berpengaruh di dunia menerusi satu anugerah berprestij.

Ketika itu, usianya baharu 28 tahun! Wow, sangat!

Menerusi perkongsian empunya diri, kerjaya sebagai pereka fesyen bukanlah atas minat semula jadi, sebaliknya beliau berbuat demikian demi memenuhi hasrat ibu dan bapa tersayang.

Hasil doa dan restu keluarga ditambah pula dengan bakat yang ada membolehkan Dian mencipta nama dalam industri fesyen.

 

Sedikit mengenai kehidupan peribadinya. Anak kelahiran Pekalongan, Jawa Tengah itu mendirikan rumah tangga dalam usia muda iaitu 20 tahun bersama Tito Haris Prasetyo yang sembilan tahun lebih tua daripada tuan punya badan.

Namun, perkahwinan tersebut hanya mampu bertahan lima tahun sebelum mereka mengambil keputusan berpisah. Perkahwinan mereka juga tidak dikurniakan cahaya mata.

Baca lagi Dikritik gara-gara badan berisi, Aishwarya Rai kini semakin jelita. Pelakon tersohor itu dedah rahsia

Dian

Dian kemudiannya berkahwin kali kedua dengan Sandy Nasution. Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada tahun 2019.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Maika Rumaisha Al Aqsa Nasution atau mesra dipanggil Rumi.

Wanita berketinggian 172 sentimeter itu juga salah seorang pengasas komuniti Muslimah muda, Hijaber Community.

Ia merupakan salah satu komuniti yang aktif dalam berkongsi tip untuk belajar agama Islam dan cara memakai berhijab.

Penggemar rona merah jambu itu juga tidak ketinggalan menjadi model untuk koleksinya sendiri.

Baca lagi Kelahiran bayi lelaki sempena Hari Malaysia hadiah terindah buat Julfekar & isteri selepas 10 tahun menanti!

dian

DIET KETO

Biarpun sibuk dengan kerjaya dan urusan rumah tangga, namun Dian tetap tampil menarik dan cantik walau sudah punya anak satu.

Iklan

Kata empunya diri, beliau berjaya menurunkan berat badan sebanyak 12 kilogram dengan mengurangkan pengambilan karbohidrat menerusi kaedah diet keto atau ketogenik.

Sekadar makluman, diet keto merupakan diet sihat yang menerapkan pola makan rendah karbohidrat dan tinggi lemak.

Menerusi perkongsian bersama portal Wolipop, beliau menyarankan supaya memilih waktu untuk berehat seketika apabila tubuh mulai penat.

“Apabila tengah diet, tubuh akan kurang tenaga. Justeru banyakkan berehat. Jangan terlalu memaksa tubuh untuk bekerja,” ujarnya.

Baca lagi Miliki 4 anak, isteri penyanyi Pasha Ungu dedah rahsia berat ideal & kekal langsing dengan 2 rejim ini!

dian

Selain itu, pesan beliau jangan terlalu banyak bergerak dan gunakan teknologi untuk memudahkan urusan kerja.

“Memandangkan penggunaan internet kian canggih, gunakan ia untuk berkomunikasi tanpa perlu anda bergerak ke sana ke mari. Sebagai contohnya, perjumpaan secara virtual. Kadangkala cara sebegini lebih efektif, menjimatkan masa dan tenaga,” ujarnya.

Selain itu, disenaraikan ‘strategi’ lain yang dipraktikkan oleh Dian untuk kekal anggun. Antaranya:

BANYAKKAN MINUM AIR MINERAL
-Bagi memastikan tubuh tetap segar ketika berdiet, amalkan meminum air putih yang banyak.
-Kandungan oksigen dalam air mineral membantu tubuh lebih segar selain mengurangkan rasa lapar.

Iklan

MEMBATASKAN KEGIATAN LUAR
-Habiskan masa dengan duduk di rumah kecuali keluar atas urusan kerja.
-Beliau memilih kaedah tersebut dengan menjemput rakan-rakannya berkumpul di rumah.
-Kaedah tersebut bukan sahaja menjimatkan tenaga, bahkan membantunya mengawal pengambilan makanan.

Baca lagi ‘Ibu dan nenek miliki kulit cantik…’ Usia memasuki 54 tahun, rupanya ini rahsia cantik & awet muda Jennifer Lopez!

dian

CHEAT DAY
-tidak salah jika sesekali reward diri dengan mengambil makanan kegemaran.
-Cara itu menurut Dian membantu mengembalikan mood seseorang.
-Pun begitu, beliau pastikan esok harinya akan gantikan dengan sesi senaman.

Admin memang suka melihat penampilan dan juga gaya Dian sejak awal kemunculannya.

Sopan, menutup aurat namun tetap trendy gaya yang beliau tampilkan. Patutlah jadi idola ramai!

Sumber: Instagram Dian Pelangi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang