MEMANG lain daripada lain. Itu antara respons diberikan peminat OPPO apabila jenama tersebut memperkenalkan fitur baharu, Reno7 Z 5G baru-baru ini.

Menariknya, ciri ekslusif pada fitur pengimejan yang mengagumkan seperti Potret Suar Bokeh dan HDR Swafoto menjadikan foto yang dibidik persis kamera DSLR.

Paling mencuri tumpuan, peranti canggih itu didatangkan khas dengan ciri Pencahayaan Dwi Orbit yang pertama kali diperkenalkan dalam industri telefon pintar.

OPPO Reno7 Z 5G

Jenama tersebut dalam satu kenyataan menyebut, Reno7 Z 5G memberikan prestasi cemerlang dengan kelebihan Platform Mudah Alih Qualcomm® Snapdragon™ 695 5G dan ColorOS 12.

Selain penampilan rekaan lebih anggun dengan OPPO Glow, Reno7 Z 5G memberi variasi gaya dengan kamera utama 64MP resolusi tinggi, ditambah kamera makro 2MP, kamera kedalaman 2MP dan kamera hadapan 16MP.

OPPO Reno7 Z 5G

Bukan sahaja didatangkan dengan dua pilihan rona baharu iaitu Rainbow Spectrum dan Cosmic Black, Reno7 Z 5G juga memperkenalkan rekaan retro ultra nipis.

Berikut perincian lain Reno7 Z 5G:

i) Telefon pintar pertama menggunakan tekstur matte dan kilauan yang bersambung.
ii) Ciri palet AI, potret warna AI dan perapian potret untuk foto lebih kreatif.
iii) Anggaran berat 173 gram dan ketebalan dengan anggaran7.49 milimeter (mm) hingga 7.55 mm.
iv) Bezel bersudut dengan bingkai berbentuk C yang halus, memberikan telefon rupa yang sangat menawan.

Baca juga OPPO perkenalkan telefon pintar boleh lipat pertama, ini spesifikasi canggih yang perlu ambil tahu

OPPO Reno7 Z 5G
v) Paparan AMOLED 6.4-inci dengan kadar segar semula 60Hz memberikan pengalaman visual yang lancar.
vi) Turut diiktiraf oleh Netflix HD dan Amazon Prime Video HD untuk memainkan kandungan video berkualiti tinggi.
vii) Kapasiti bateri 4,500mAh dan pengecasan pantas 33W SuperVooc yang membolehkan peranti dicas hingga 100 peratus dalam 63 minit.

Baca juga OPPO A16K lebih ringan dan stailo. Tiga ciri terbaik yang perlu diketahui sebelum membelinya

OPPO Reno7 Z 5G

Menarik bukan? Lagi satu, teknologi penambahan RAM kepada 5GB menjadikan peranti mudah alih tersebut boleh menampung kapasiti memori luar biasa.

Reno7 Z 5G juga antara satu telefon pintar pertama yang menerima penarafan tertinggi iaitu tahap A dalam pensijilan Kelancaran TÜV SÜD 36 Bulan.

Baca juga OPPO A93 sedia kamera berkuasa tinggi sesuai untuk kaki swafoto

Ciri ColorOS 12 juga turut menampilkan Omoji, menawarkan ciri peribadi dengan lebih 200 pilihan pengubahsuaian dan penjejakan muka masa nyata melalui Algoritma Tangkapan Wajah OPPO yang termaju.

Iklan

OPPO Reno7 Z 5GUntuk prapesanan, tempahan sudah dibuka bermula 29 Mac lalu hingga 1 April ini.

Berita baik buat mereka yang berhasrat untuk membeli, promosi pembelian dengan pembelian turut melayakkan anda menerima potongan harga 50 peratus untuk Enco Air2.

Baca juga Siri Reno4 Oppo kamera berkuasa tinggi, videografi mengagumkan

Pembelian prapesanan hanya tersedia di cawangan OPPO Brand Store, kedai atas talian rasmi OPPO dan Shopee.

Sempena kerjasama eksklusif bersama Shopee, ganjaran lumayan sedia menanti yang mana 100 pelanggan pertama membeli layak mendapat hadiah percuma bernilai sehingga RM129 termasuk Rebat ShopeePay RM50.

Iklan

OPPO Reno7 Z 5G

Bukan itu sahaja, pelanggan yang membeli Reno7 Z 5G juga akan mendapat 10 slot penyertaan untuk menyertai cabutan bertuah dan berpeluang membawa pulang hadiah bernilai sehingga RM2,526!

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Jualan pertama Reno7 Z 5G akan bermula pada 2 April nanti dan setiap pembelian dalam tempoh jualan ini juga akan melayakkan anda menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM233!

Model 8GB RAM dan 128GB ROM akan dijual pada harga RM1,699. Untuk maklumat lanjut tentang OPPO Reno7 Z 5G, sila lawati https://www.oppo.com/my/.