SAMBUTAN Aidilfitri pasti meriah dengan tambahan cuti yang diumumkan kerajaan baru-baru ini.

Lagi best bila ramai ambil kesempatan untuk berlibur di tempat idaman kerana sambutan Hari Buruh yang jatuh pada hari Isnin.

Boleh bercuti lebih seminggu!

Memang beraya sakanlah semua orang dan boleh jadi, inilah masanya untuk mereka ‘terbang’ bersama keluarga tersayang pergi berlibur.

Mengetahui permintaan sentiasa tinggi, Firefly menawarkan pakej istimewa buat anda yang merancang untuk terbang ke destinasi-destinasi popular.

cuti firefly

Jangan lepaskan promosi Sun Sand Sea Holiday yang ditawarkan kerana tarikh untuk pembelian tiket akan berakhir pada 30 April nanti.

Berbaki tiga hari lagi untuk kalian pilih destinasi lokal yang ditawarkan, antaranya ke Kelantan, Terengganu dan Langkawi, Kedah.

Jika memilih untuk terbang dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang, Selangor, tiket serendah RM150 mungkin boleh diperoleh. Anda kena jadi orang yang bertuah.

cuti firefly

Nak lagi murah? Anda boleh pilih flight dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Tiket hanya berharga RM89 jer untuk penerbangan sehala dari Penang ke Langkawi.

Baca juga Syoknya raya! PM umum tol percuma, cuti kelepasan tambahan sempena Aidilfitri ini, 7 info perlu tahu

Mahu terbang jauh sikit ke Banda Aceh, Indonesia atau Phuket, Thailand, caj dikenakan bermula RM149 hingga RM199.

cuti firefly

Buat orang Sabah yang mahu pergi ke Tawau dan Sandakan melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, tiket yang ditawarkan hanya RM109 jer.

Kepada yang sudah menjadi ahli, Firefly beri diskaun eksklusif hingga 15 peratus bagi menghargai kesetiaan pelanggan.

BOOKING AWAL

Untuk penjimatan berganda, syarikat penerbangan itu menjanjikan diskaun lebih berbaloi jika pelanggan menempah tiket lebih awal.

cuti firefly

Seleksi penerbangan tambang murah bermula Julai, Ogos dan Oktober untuk tarikh terpilih memang wajib grab!

Opsyen perjalanan ke Johor Bahru-Penang dan Kuching-Penang, caj dikenakan masing-masing hanya RM119 jer.

Iklan

Baca juga Bercuti dalam rumah cendawan, dunia dasar laut. Ini rupanya tarikan di Melaka yang ramai tak tahu

Kalau berhasrat nak terbang ke Singapura dari Penang atau Subang pun boleh, tiket berharga bermula RM129 hingga RM139.

cuti firefly

Jika tak mahu berjalan dalam masa terdekat pun tak mengapa, kalian boleh plan untuk bercuti hujung tahun nanti.

Paling penting, tempah tiket awal elak kehabisan seat.

Baca juga Jalan-jalan bercuti ke Sarawak, ini lokasi wajib bawa anak-anak yang ramai tak tahu

Kalau merancang nak bercuti panjang, dalam negara pun boleh kerana Malaysia banyak tempat menarik untuk dikunjungi.

Iklan

cuti firefly

Sudah tentunya nama besar seperti Langkawi, Kuala Terengganu, Kota Bharu dan Kota Kinabalu antara seleksi singgahan ramai.

Apa tunggu lagi? Cepat usha promosi yang sedang berlangsung sebelum ditutup.

Okey! Selamat bercuti semua.

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.