Gua Kelam Chalet, Perlis buat pengunjung mahu lebih lama menginap. Suhu sejuk, panaroma semula jadi memang terbaik

A
A
A

DIKELILINGI dengan ladang pokok getah seluas 8,500 meter persegi, Gua Kelam Chalet yang terletak di Kaki Bukit, Perlis menjadi daya tarikan terbaharu buat para pengunjung di negeri tersebut.

Meskipun agak tersorok dari jalan utama, lokasi penginapan serba eksklusif itu pantas mencuri perhatian orang ramai walaupun baru dibuka sejak Jun tahun lalu.

Kepada warga kota yang mengimpikan suasana kedesaan, chalet berkenaan merupakan salah satu pilihan terbaik, kata Pengurus Gua Kelam Chalet, S Suresh.

Ujar Suresh, pemandangan yang berlatar belakangkan Bukit Gua Kelam juga akan membuatkan pengunjung terpanggil untuk lebih lama berada di sana.

"Biasanya, momen paling dinantikan tetamu adalah pada waktu pagi. Mereka boleh menyaksikan suasana berkabus di puncak bukit. Suhu sejuk dan berangin juga akan membuatkan rehat dan tidur mereka lebih lena,” katanya.

Gua Kelam Chalet

Bagi yang mahu mengeluarkan peluh, aktiviti berbasikal mengelilingi ladang getah pada waktu pagi dan petang sangat dialu-alukan.

Untuk kanak-kanak, keriangan mereka akan disuntik dengan kemudahan kolam renang.

Opsyen lain, si cilik boleh diajak bermain dan memberi makan haiwan jinak seperti arnab serta ayam di pondok comel yang disediakan.

Gua Kelam Chalet

Di samping itu, infrastruktur seperti bilik karaoke, permainan snuker, pingpong dan air hockey juga ada.

“Boleh dikatakan inilah tempat terbaik untuk orang ramai lari daripada kebisingan dan hiruk-pikuk kota," katanya.

Baca juga Tiada kampung halaman, rumah kecil tak muat nak beraya ramai-ramai? Villa Kemboja Homestay pilihan terbaik

Namun, paling mencuri perhatian SinarPlus adalah lokasi ke Gua Kelam yang mengambil masa hanya lima minit dari chalet berkenaan.

Gua Kelam Chalet

Mengenai jenis bilik, Suresh memaklumkan, pihaknya menawarkan 17 unit kamar dengan empat desain iaitu JuniorSuite, PresidentialSuite dan FamilySuite yang masing-masing boleh memuatkan dua hingga empat orang.

“Bilik tersebut lengkap dekorasi stail Inggeris moden dengan konsep minimalis. Paling penting, ada tingkap luas yang menampakkan keindahan alam semula jadi.

Baca juga 5 destinasi hotel viral dengan keunikan kolam renang, lokasi nombor 1 memang kena pergi

“Kami juga mempunyai sebuah big house (rumah besar) yang mana bahagian bawah menempatkan ruang libur yang luas. Di tingkat atas pula, terdapat empat buah lagi bilik jenis standard, deluxe dan superior,” ujarnya.

Gua Kelam Chalet

Berdasarkan rekod, Gua Kelam Chalet mencatat kejayaan tersendiri apabila menerima Anugerah Emas Family Boutique Chalet (Northern) sempena Malaysia Tourism Council Gold Award 2022.

Selain sesuai menjadi tempat penganjuran hari keluarga atau badan korporat, anda yang mengimpikan perkahwinan ala taman juga boleh memilih Gua Kelam Chalet sebagai lokasi ideal.

“Kami mempunyai dataran landai yang sesuai untuk merealisasikan impian itu. Pemandangan puncak bukit di sini juga memang cantik. Pada musim buah, pengunjung berpeluang makan sepuasnya secara percuma," katanya.

Gua Kelam Chalet

INFO

Gua Kelam Chalet

Alamat: 368, Belakang Sekolah Cina, Kaki Bukit, Perlis

Waktu operasi: 9 pagi hingga 6 petang

Pakej: Bermula RM118 hingga RM548

Facebook: Gua Kelam Chalet Perlis

Instagram: @gua_kelam_chalet_perlis

Laman web: www.guakelamchaletperlis.com

#REKREASIPILIHAN

WARGA kota yang mahu keluar daripada hiruk-pikuk bandar, bercuti di kawasan bukit-bukau boleh membuatkan jiwa kembali tenang.

Pemanduan yang jauh pastinya berbaloi seandainya pembaca SinarPlus singgah ke destinasi yang kami cadangkan. Antaranya seperti:

Gua Kelam Chalet

Siba Garden Chalet

Alamat: Lot 493-A, Kampung Jedok, Tanah Merah, Kelantan

Waktu operasi: 8 pagi hingga 5 petang

Pakej: Bermula RM140 hingga RM1,250

Facebook: Siba Garden Chalet

Gua Kelam Chalet

Green Acres

Alamat: Jalan Girdle, Bukit Fraser, Pahang

Waktu operasi: 24 jam

Pakej: Bermula RM260 hingga RM2,099

Facebook: Green Acres Fraser's Hill

Laman web: https://www.greenacresfraser.com

Gua Kelam Chalet

The Bala's Holiday Chalet

Alamat: Lot 55, Tanah Rata, Pahang

Waktu operasi: 24 jam

Pakej: Bermula RM150 hingga RM726

Facebook: The Bala's Holiday Chalet

Instagram: www.balaschalet.com.my

Gua Kelam Chalet

Baling Mountain Garden Village

Alamat: Jalan Mahmud, Baling, Kedah

Waktu operasi: 24 jam

Pakej: Bermula RM220 hingga RM330

Facebook: Baling Mountain Garden Village

Instagram: @bmgardenvillage

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca