JENAMA penjagaan kulit terkenal, Hada Labo bakal melancarkan kempen We Care sempena ulang tahunnya yang ke-10 pada Julai, Ogos dan September akan datang.

Kempen berkenaan merangkumi tiga kategori iaitu Care for You, Care for Society dan Care for Nature.

Kempen Care for You memberi tumpuan kepada pendidikan penjagaan kulit kepada orang ramai, sementara kempen Care for Society bertujuan menghulurkan bantuan kepada masyarakat yang kurang berkemampuan.

Iklan

Kempen Care for Nature pula akan melihat penglibatan Hada Labo dalam membantu mewujudkan persekitaran yang lestari.

Iklan

Untuk maklumat lebih lanjut, layari www.hadalabo.com.my atau ikuti Facebook MyHadaLabo.