HANDSOME dan cantik-cantik belaka. Demikian pujian yang diberikan kepada anak selebriti terkenal Anzalna Nasir yang dilihat bergambar bersama sepupu-sepupu perempuannya.

Perkongsian tersebut dimuat naik menerusi facebook pelakon cantik manis berkenaan baru-baru ini.

Dalam gambar itu, kelihatan Mohamad Eidrees sedang berjalan di atas pentas bersama-sama sepupunya yang merupakan anak kepada selebriti Diana dan Nazirah Nasir.

Segak mengenakan set tuksedo rona biru gelap yang dipadankan dengan kameja putih bahagian dalam serta bow tie rona gelap pelengkap gaya. Wajah tampannya turut terserlah tatkala mengenakan baju Melayu kelabu lengkap sampin rona senada

Sementara yang perempuan cukup anggun bergaya dengan gaun kembang rona coklat dan kelabu. Rantai bertahtakan mutiara betul-betul menyerlahkan penampilan masing-masing.

“Alhamdulillah dapat juga merasa ada anak-anak perempuan.

“Sayang sama macam anak sendiri. Thank you @diananasir86 @nazirahnasir97 hasilkan anak-anak perempuan yang complete package.

anzalna

 

“Kesian pula kat Eidrees dah berkenan kat Ella rupanya cousiN,”seloroh Anzalna menerusi kapsyennya.

Untuk rekod, si kecil tersebut bersama-sama dalam majlis pernikahan dan persandingan pelakon Afifah Nasir.

Hantaran tersebut mengundang tumpuan ramai. Rata-rata warga maya memuji kecomelan anak-anak selebriti berkenaan.

‘Kenapa yg laki sorg tu terlebih hensem?.’

‘Comelnyaaaa 😍😍😍 Semua cantik tau ! Segala keturunan.’

‘Dah besar eidress . Handsomenyaaaa 😍😍 yg lain pon kemain cantik.’

‘Ank sy 5 lelaki.. teringin nk ade anak perempuan..nasib baik lah ade ank2 buah jd pengubat.’

 

‘comel semuanya… lambaian ella diva sangat.’

‘Lepas ni anak @afifahnasir93 pulak tak sabar mesti comel.’

Iklan

‘Twin memang copy paste habis mummy dia !!!.’

anzalna 1

‘Hensemm betul eidress… anak anak diana amik kecantikan dr mama dia.’

‘Awww…they are all so cute and sweet. Semua cantik2 mcm your sibling. Handsome pulak ada boys seketol.’

Sumber: Instagram anzalnanasir88

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Iklan

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!