Hanya gaul & stim, mudahnya buat ayam kukus masak taucu pedas ni, ibu kena cuba

A
A
A

Hanya gaul & stim, mudahnya buat ayam kukus masak taucu pedas ni, ibu kena cuba

BILA sebut sahaja taucu, biasanya hanya dimasak menggunakan ikan. Rupanya masakan taucu ni boleh buat pelbagai lagi menu masakan yang sedap!

Salah satunya ayam masak taucu pedas ini. Dimasak ringkas dengan hanya teknik kukus atau stim namun pasti mampu memikat selera sesiapa sahaja.

Untuk pengetahuan anda, lauk ayam kukus masak taucu pedas ini berasal dari etnik Teochew di China.

Baca juga Cara ringkas potong ayam sendiri di rumah. Mudah nak simpan, isi pun tak hancur. Wanita ini kongsi tip!

Tapi bila dah masuk negara kita, lauk ini sudah dicuba ramai kerana rasanya yang sedap itu. Bahan-bahan yang digunakan pun halal.

Apa kata cuba buat ayam kukus masak taucu pedas ni sendiri, mana tahu nanti jadi kegemaran keluarga kan!

Mudah je kan nak buat lauk ini, sesuai untuk anda yang sedang diet dan kurangkan kalori dalam makanan.

Lagi sedap kalau makan panas-panas bersama nasi fuh nikmat betul.

Bahan-bahannya;

  • Ayam
  • 1 biji bawang Holland dicincang
  • 1 labu bawang putih dicincang
  • 6 cili merah dicincang
  • 1 sudu besar taucu
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu kecil serbuk pati ayam
  • Sedikit lada sulah

Cuba juga Wajib cuba! Ayam masak asam ‘terpaling’ ringkas, sedap tak cukup nasi sepinggan dibuatnya

Cara-cara membuatnya;

1. Gaulkan ke semua bahan tadi dengan ayam.

2. Selepas semua bahan dah serap dalam ayam, masukkan ke dalam dulang dan kukus selama 40 minit.

Cuba juga Mudah disediakan, resipi ayam masak Thai ringkas pasti sekeluarga berselera

3. Sudah 40 minit, boleh angkat dan siap untuk dihidang. Siap!

Tip;

Lauk ini tak guna garam sebab dah guna kicap cair dan pati ayam. Tapi kalau nak letak pun tak apa.

Selamat mencuba!

Sumber: Mary Teo Lee Na Via Myresepi.com

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca