MUDAH disediakan, resipi ini untuk ibu moden yang suka dengan hidangan ringkas dan semestinya lazat untuk dijamu keluarga.

Jika sebut sahaja ayam goreng, pasti sudah terbayang-bayang keenakan rasanya.

Sajian ayam umumnya nampak sahaja ringkas namun mampu menjadi kegemaran semua golongan termasuk kanak-kanak.

Jika biasanya ayam hanya digoreng ringkas dengan kunyit dan garam, apa kata kali ini mencuba pula ayam masak Thai ringkas ini ala-ala di kedai tom yam.

Rasanya yang merecik pasti membuatkan ibu sekeluarga menggemarinya. Rasanya pula yang tidak pedas sudah tentu membuatkan anak-anak suka.

Sangat sedap ayam masak Thai ini. Cukup rasa ramuannya, makan pula bersama nasi putih panas-panas. Waduh! Memang membuka selera.

Bahan-bahannya;

  • 1 ekor ayam
  • 1 biji bawang besar Holland dipotong bulat
  • 2 batang serai diketuk
  • 2-3 helai daun limau purut
  • Garam secukupnya
  • 4 sudu sos tiram
  • 4 sudu sos cili
  • Sedikit air
  • Minyak

Bahan kisar;

  • 3 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 tangkai cili merah
  • 3 tangkai cili hijau
  • 2 biji cili api

Cuba juga Ringkas tapi enak, ayam sos tiram wajib dicuba

Ringkas tapi enak, ayam sos tiram wajib dicuba

Cara membuatnya:

Iklan

1. Ayam dilumur garam dan serbuk kunyit. Goreng sekadar masak sahaja. Angkat dan ketepikan.

2. Panaskan minyak dan tumis serai yang dititik sehingga naik bau. Kemudian masukkan hirisan bawang dengan daun limau purut. Tumis sampai garing.

3. Setelah garing masukkan bahan yang dah dikisar, kemudian masukkan sos tiram, sos cili dan air. Akhir sekali, masukkan ayam dan serbuk perasa.

Iklan

Selamat mencuba, semoga bermanfaat!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburka.