KENAIKAN harga sayuran di pasaran begitu meresahkan pengguna.

Jika sebelum ini rakyat berdepan kenaikan harga ayam mentah dan telur, kini sekali lagi terpaksa akur dengan sayur-sayuran pula.

Bukan satu atau dua ringgit malah ada sesetengah harganya melambung sehingga 200% kenaikan daripada harga biasa.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Justeru kita sebagai pengguna mahu atau tidak untuk teruskan kehidupan cubalah mencari altenatif lain.

Salah satunya, boleh mencuba sayur-sayuran kampung yang mungkin tidak mengalami kenaikan mendadak.

Di samping dapat mencuba menu baru, sayur dan ulam kampung pun banyak khasiatnya untuk kesihatan kita.

1. Pucuk ubi

Pucuk ubi adalah sayur yang senang diperolehi di kampung. Jika di bandar kenalah beli.

Selain direbus, pucuk ubi juga popular dimasak lemak tempoyak, bersama udang atau ikan masin serta digoreng ringkas.

2. Jantung pisang

Jantung pisang merupakan bunga pisang yang akan bertukar menjadi buah apabila matang.

Jantung pisang ada dijual di pasaran untuk dijadikan ulam oleh masyarakat Melayu. Jantung pisang akan dicelur sebelum dihidangkan untuk dimakan bersama sambal belacan.

Selain itu, ia enak dimasak dengan pelbagai resipi seperti masak lemak tempoyak, kerabu, kari jantung pisang dan petai, gulai lemak bersama ikan kurau, teresek dan sebagainya.

3. Pucuk paku

Pucuk paku biasanya dicelur dan dijadikan ulam yang sungguh menyelerakan apabila dimakan dengan sambal belacan.

Boleh juga dimasak lemak cili padi, digoreng belacan, dan kerabu.

Baca juga Harga sayur naik hingga 200%, rupanya ini 8 punca kenaikan

4. Daun selom

Daun selom adalah daun dari tumbuhan herba yang dijadikan ulam oleh masyarakat tempatan.

Kerabu daun selom antara hidangan berulam yang mudah dimasak. Ia terdiri daripada ulam yang diperbuat daripada daun selom, dengan sayur-sayuran lain seperti kacang botol, daun cekur, kacang panjang, bunga kantan, bawang kecil, dan tauge, dilengkapi dengan sambal yang diperbuat daripada kelapa parut, cili, bawang merah, udang kering dan lain-lain.

rebung

5. Rebung

Rebung buluh merujuk kepada pucuk buluh yang muda dan masih lembut untuk dimasak sebagai lauk seperti gulai rebung dan sayur lodeh.

Biasanya rebung sedap dimasak lemak bersama udang, cili api, ikan masin dan sebagainya.

6. Keladi

Batang keladi enak dimasak asam rebus, asam pedas, lemak cili padi, asam tempoyak serta bening.

7. Pegaga

Pegaga sejenis tumbuhan daripada keluarga daun pasli yang tumbuh melata bersama rumput.

Selain dimakan begitu sahaja bersama sambal, pegaga juga boleh dibuat jus atau dinikmati sebagai kerabu.

Baca juga Tak beli supplemen tak apa, ini senarai sayur, buah tinggi Vitamin C

bunga betik

8. Bunga betik

Kebanyakkan ramai yang kurang menggemari sayur atau jenis ulaman yang pahit, termasuklah bunga betik ni.

Tetapi bunga betik ini bukan sahaja sedap untuk dibuat masakan atau ulam tetapi dapat merawat beberapa penyakit dan mempunyai khasit yang tersendiri jika diamalkan.

9. Pucuk bebuas

Pucuk bebuas biasa dijadikan ulam kerana rasanya yang agak pahit dapat menambah selera makan serta teksturnya yang rangup dan menyelerakan.

Selain dimakan sebagai ulam bersama sambal belacan, pucuk bebuas juga boleh dijadikan kerabu.

10. Daun Meranti

Selain direbus untuk dibuat ulam, daun meranti paling popular di masak lemak biasa atau cili padi, lemak campur dengan keledek, masak tumis kering bersama udang kering, tumis bersama tempe, bening dan sebagainya.

11. Batang pisang

Gulai batang pisang adalah antara hidangan tradisional yang kian jarang ditemukan di kedai-kedai makan.

Iklan

Gulai batang pisang masak dengan daging kerbau meriah di utara pada musim kenduri kahwin!

Terbaik turunkan berat badan, khasiat terung pipit menakjubkan!

12. Terung pipit

Terung pipit atau juga dikenali sebagai terung rembang (rimbang dalam bahasa Minang) atau terung manggul.

Buahnya boleh dimakan sebagai ulam mentah atau dicelur dicicah dengan sambal belacan atau budu.

Terung pipit juga sangat sedap dimasak kari selain boleh dicampur ke dalam sambal tumis.

Cuba juga Siakap masak kengsom padu, cukup masam, manis dan pedas

13. Pucuk labu

Pucuk labu lazimnya dimasak lemak yang dicampur bersama ikan rebus atau ikan bilis.

Iklan

Selalunya pucuk labu akan digentel sebelum dimasak, ini kerana daun labu sedikit kasar dan berbulu. Bila dah gentel dia akan jadi lembut dan cepat dimasak.

14. Pucuk cekur manis

Pucuk cekur manis dimakan sebagai sayuran yang dimasak rebus bersama ikan bilis atau udang kering.

Boleh juga dicelur dan dimakan bersama sambal belacan, budu, cencaluk dan sebagainya.

Daun cekur manis juga sering diperam atau jeruk dan dijadikan bahan masakan yang sungguh menyelerakan.

15. Pucuk turi

Biasanya enak dimasak lemak dengan keledek atau lobak merah ataupun dibuat urap.

Semoga bermanfaat!