Harry Potter dengan penyapu terbang, Nimbus 3000 viral di TikTok! Ramai teruja nak try zipline rentas hutan Selangor

A
A
A

TERBANG dengan pelbagai gaya dan kostum rare! Demikian cara unik yang ditunjukkan peserta zipline yang teruja merentasi hutan sejauh 400 meter.

Terbaharu, video pendek yang tular di media sosial baru-baru ini menunjukkan seorang peserta, @zulhilmiweng memakai mafla kuning dan jubah hitam meluncur laju dengan penyapu.

Tak ubah seperti watak pelajar magis dalam filem Harry Potter, aksi lucu lelaki itu bersama Nimbus 3000 menarik perhatian ramai sehingga mencecah 3.3 juta tontonan di TikTok.

Tak kiralah zipline atau flying fox termasuk skyhammock, aktiviti riadah seperti itu sudah menjadi trend dalam kalangan anak muda yang mahu mengisi masa hujung minggu.

zipline

Disebabkan sambutan hebat itu, beberapa pengusaha menawarkan banyak pakej menarik dan antaranya adalah dengan merakam aksi pelanggan dengan dron.

Di Selangor, SinarPlus dapati, aktiviti ekstrem bukan sahaja disediakan untuk golongan dewasa, malah untuk si cilik jua.

 

Harga paling murah RM10 bergantung kepada jarak rentasan.

Lagi menarik, tambahan aktiviti lain seperti white water rafting dan ATV turut ditawarkan.

Baca juga Taman tema air gergasi atas kapal mewah lonjakkan adrenalin. Genting Dream juga sediakan makanan halal

Berikut lima cadangan lokasi yang disyorkan ramai untuk kalian cuba bersama rakan atau famili:

zipline

1. Zipline Adventure Shah Alam

Alamat: Taman Tasik Shah Alam, Seksyen 14, Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: 9.30 pagi hingga 6.30 petang

Pakej: Bermula RM10

Instagram: @ziplineadventure.shahalam

Tiktok: @ziplineshahalam

zipline

2. Rentas Adventure

Alamat: Yellow Cabin, Jalan 55, KKB - Fraser, Kuala Kubu Baru, Selangor

Waktu operasi: 9.30 pagi hingga 6.30 petang

Pakej: Bermula RM30

Instagram: @rentas_adventures

Tiktok: @rentas_adventures

Baca juga Ada berani? Uji adrenalin anda di lima lokasi sukan eksktrem di Malaysia

zipline

3. Skytrex Adventure

Alamat: Batu 20, 1/2, Jalan Sungai Congkak, Kampung Padang, Hulu Langat, Selangor

Waktu operasi: 9 pagi hingga 6 petang

Pakej: Bermula RM55

Instagram: @skytrexadventure

Tiktok: @skytrexadventure

zipline

4. Paradise Valley Broga

Alamat: Lot 1742 & 1369, Jalan Broga, Broga, Semenyih, Selangor

Waktu operasi: 24 jam

Pakej: Bermula RM30

Instagram: @paradisevalleybroga

Tiktok: @paradise.valley.r

zipline

5. Gua Damai Xtreme Park

Alamat: Jalan Fairuz Off Jalan Zamrut, Kampung Melayu Wira Damai, Batu Caves, Selangor

Waktu operasi: 8 pagi hingga 5.30 petang

Pakej: Bermula RM50

Instagram: @guadamaixpark

Tiktok: @guadamaixpark

Memang best kalau dapat rehatkan diri dan dekatkan diri dengan alam semula jadi.

zipline

Tak salah kalau nak cuba, cuma tahap keselamatan harus diambil kira supaya tidak berlaku kejadian yang tidak diingini sebab malang memang tak berbau.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca