CORNETTO mempunyai cara tersendiri menyambut Hari Kekasih yang diraikan hampir di seluruh dunia.

Pada tahun ini, jenama itu memperkenalkan varian Cornetto Love Series sebagai simbol menjalin hubungan yang ikhlas bersama insan istimewa.

Pengarah Pemasaran Bahagian Makanan dan Minuman Unilever Malaysia, Shiv Sahgal berkata, Cornetto Love Series hadir dalam dua perisa iaitu Raspberry Yoghurt dan Dark Chocolate Brownie.

Serentak dengan pengenalan varian terkini itu, Sahgal berkata, Cornetto bersama 7-Eleven Malaysia menganjurkan dua peraduan iaitu Peraduan Cornetto Love Series Sweet Hearts dan Peraduan Cornetto Love Series Sweet Hearts (Eksklusif bersama 7-Eleven).

Peraduan Cornetto Love Series Sweet Hearts

Untuk menyertai peraduan ini, anda hanya perlu:

1. Beli dua aiskrim Cornetto Love Series – sebarang varian daripada rangkaian Love Series.
2. Rakam gambar atau video anda melakukan gaya berbentuk hati (kedua-dua aiskrim Cornetto Love Series dicantumkan untuk menghasilkan bentuk hati).
3. Muat naik entri ke Instagram berserta tanda pagar #CornettoLoveSeries dan kapsyen yang kreatif.

Pemenang akan dipilih pada setiap minggu dan entri yang paling kreatif berpeluang memenangi baucar TnG eWallet bernilai RM100 bagi 120 peserta peraduan secara keseluruhan.

Peraduan Cornetto Love Series Sweet Hearts (Eksklusif bersama 7-Eleven)

Iklan

Selain itu, Cornetto turut berkolaboratif bersama 7-Eleven Malaysia untuk memberi hadiah kepada lapan pemenang bertuah dengan wang tunai bernilai RM500 setiap seorang.

Untuk menyertai peraduan ini, anda hanya perlu:
1. Beli dua aiskrim Cornetto Love Series – sebarang varian daripada rangkaian Love Series di cawangan 7-Eleven terdekat dengan anda di seluruh negara.
2. Rakam gambar atau video anda melakukan gaya berbentuk hati (kedua-dua aiskrim Cornetto Love Series dicantumkan untuk menghasilkan bentuk hati).
3. Muat naik entri anda ke Instagram beserta tanda pagar #CornettoLoveSeries dan #7ElevenMY serta kapsyen yang kreatif.
*Sila ambil maklum, bukti pembelian diperlukan bagi tujuan pengesahan.

Iklan

Rangkaian aiskrim Cornetto Love Series berperisa Raspberry Yoghurt dan Dark Chocolate Brownie berharga RM3 setiap satu serta boleh didapati di kedai runcit seluruh negara. Aiskrim itu juga boleh dibeli melalui Lazada dan Shopee.

Layari laman Facebook rasmi Cornetto https://www.facebook.com/CornettoMalaysia/ untuk maklumat lanjut.