MEMBACA coretan Datin Dr Halina Yunos yang berkongsi sambutan hari lahir anak kembarnya, Sheikh Eusoff dan Sophea Amelia membuatkan ramai terhibur.

Manakan tidaknya, ragam dan keletah dua beradik yang tidak boleh duduk diam itu membuatkan isteri kesayangan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor keletihan melayan anak-anaknya.

Baca ni ‘Ibu berjiwa kental, memang iron lady betul.’ Pilih kerjaya berisiko, ramai kagum dengan Maya ‘tawan’ puncak KLCC

Lebih menggamatkan suasana sekiranya si kembar tersebut bergabung dengan empat adik beradik yang lain. Apalagi, memang kecoh.

Itulah situasi yang dikongsikan oleh Dr Halina menerusi laman Instagram miliknya.

Ujar beliau, pasangan kembar itu baru-baru ini menyambut ulang tahun kelahiran yang kedua.

Sambutan tersebut diraikan mereka sekeluarga secara kecil-kecilan di rumah.

Pun begitu kata Dr Halina, suasana tetap meriah dan havoc sehinggakan membuatkan dirinya keletihan.

 

“Happy 2nd birthday E&E! Hanya sambut secara kecil-kecilan di rumah. Itupun sudah riuh-rendah. Nanti insya-ALLAH tengok video dalam Instagram suami (Sheikh Muszaphar).

“Beliau memang rajin, saya sudah letih. Selamat hari lahir Sophea Emelia and Sheikh Eusoff! Mommy sangat sayangkan kamu,” ucapnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr Halina Mohd Yunos (@drhalina)

Ternyata apa yang diperkatakan Dr Halina memang benar.

Melihatkan gelagat dua beradik itu yang tidak duduk diam ketika disuap makan oleh Dr Sheikh Muszaphar membuatkan ramai yang kagum dengan angkasawan negara itu.

Perkongsian video tersebut dimuat naik oleh Dr Sheikh Muszaphar menerusi Instagramnya.

Menerusi kapsyennya, beliau mengakui mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk memastikan anak-anaknya makan.

“Eusoff dan Emilia senang makan. Mereka makan apa sahaja yang dihidangkan, tetapi hari ini agak struggle.

“Saya ambil masa 30 minit untuk pastikan mereka makan. Nak main-main dahulu,” seloroh personaliti Itu lagi.

Perkongsian Dr Halina dan suaminya mendapat reaksi daripada warga maya. Berikut antara komen yang dikongsikan:

”Selamat hari lahir. Pejam celik pejam celik sudah dua tahun. Rasa macam baby je lagi twin ni. Emelia so cute, Eusoff handsome boy.”

”Selamat hari jadi Emelia dan Eusoff. Alahai nampak betul tidak boleh duduk diam Emelia tu.”

”Patutlah Dr Halina kata letih, tengoklah riuh masing-masing. Super aktif, mahu tak pengsan maknya haha. Cutelah Emelia dan Eusoff.”

Untuk rekod, Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010.

Hasil perkongsian hidup, pasangan tersebut dikurniakan enam cahaya mata iaitu Sophea Isabella, 11, Sophea Natasha, 9, anak kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah, 3 serta kembar kedua Sheikh Eusoff dan Sophea Emilia, 2.

Sumber: Instagram drhalina & drsheikhmuszaphar

Baca ni ‘Sebelum kaya duit, beliau kaya jiwa.’ Guna bahasa Melayu sepenuhnya ketika berucap, sikap Khairul Aming raih pujian ramai

Layari portal SinarPlus, sinarplus.sinarharian.com.my untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami untuk info dan kisah penuh inspirasi