Hidung berdarah secara tiba-tiba. Ini punca dan cara atasinya

A
A
A

HIDUNG berdarah secara tiba-tiba. Mungkin hal berkenaan pernah berlaku pada anda tidak kira yang masih muda atau dewasa.

Merujuk portal MyHealth, masalah itu selalunya berkaitan dengan satu bahagian di dalam hidung iaitu 'little area' yang senang untuk berdarah.

Persoalannya, mengapa hidung boleh berdarah secara tiba-tiba?

Baca juga Apabila hidung budak kecil atau orang dewasa tiba-tiba berdarah, ini langkah perlu diambil

SinarPlus kemudian merujuk artikel Doctor On Call, Dr Mohd Ramzdhan Mohd Masdar yang berkongsi beberapa sebab iaberlaku. Antaranya:

i) Tabiat mengorek hidung

- Ia berlaku disebabkan tekanan kuat ketika mengorek hidung sehingga memecahkan pembuluh darah kecil dan mencederakan struktur yang lemah ini.

ii) Hentakan pada hidung

- Disebabkan struktur pembuluh darah hidung lemah, sebarang hentakan kecil atau besar pada kawasan hidung boleh sebabkan hidung berdarah.

iii) Menghembus terlalu kuat

- Hembusan terlalu kuat dan kerap juga boleh sebabkan pendarahan. Elakkan untuk melakukan tabiat itu ketika selesema dan hidung tersumbat.

iv) Cuaca panas

- Cuaca panas menyebabkan saluran darah mengembang dan menyebabkan pendarahan mudah berlaku.

v) Udara yang sejuk dan kering.

- Udara yang sejuk dan kering menyebabkan kerengsaan terhadap saluran pada hidung.

Apabila masalah hidung berdarah berlaku, laman Twitter @MedTweetMyHQ menyarankan supaya kita tidak berbaring kerana pendekatan tersebut berpotensi menyebabkan darah memasuki ke dalam paru-paru.

Dalam pada itu, laman itu turut berkongsi mengenai langkah awal dan betul yang boleh dilakukan semasa hidung berdarah iaitu:

i) Jangan panik. Pastikan berada dalam keadaan duduk dan sedikit tunduk kehadapan. Hal ini dilakukan bagi mengelakkan darah mengalir ke belakang hidung dan berpotensi memasuki paru-paru.

ii) Picit bahagian hadapan hidung yang lembut menggunakan ibu jari dan jari telunjuk sehingga lima minit. Bernafas melalui mulut buat seketika.

iii) Ambil ketulan ais yang kecil dan masukkan di dalam plastik atau bungkusan kain kemudian diletakkan pada dahi.

iv) Kemam ketulan ais yang kecil di dalam mulut untuk membantu mengecutkan salur darah.

v) Jika ada darah yang mengalir dalam mulut, ludah darah itu. Lazimnya, pendarahan akan berhenti selepas beberapa langkah di atas.

vi) Sekiranya hidung masih berdarah selepas melakukan kesemua langkah-langkah di atas. Segera ke Jabatan Kecemasan Hospital yang terdekat kerana kemungkinan pendarahan itu berpunca daripada perkara yang serius.

Bagi orang dewasa, lebih senang untuk ikuti langkah yang disyorkan.

Namun, jika berlaku pada kanak-kanak, ibu bapa atau orang yang lebih dewasa perlu berwaspada dan pastikan ia bukan gejala yang serius.

Satu perkara yang SinarPlus mahu ingatkan, jangan pandang ringan jika hidung kita tiba-tiba berdarah.

Baca juga Masalah hidung berdarah dengan tiba-tiba, ini puncanya dan apa yang perlu kita buat!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca