GELOMBANG demam Barbie nampaknya sudah menular di negara ini.

Sudah banyak promosi berkaitan movie Hollywood tersebut diadakan di pusat beli-belah terkemuka ibu kota.

Even kalian buat carian di Google Search sekali pun, background browser akan berubah warna, siap ada lip lap pink lagi. Memang meriah!

Buat peminat pink, boleh jadi semua ini mampu menggembirakan mereka.

Apatah lagi jika hotel pun memperkenalkan konsep rona yang sama, pasti percutian kalian lebih mengujakan.

barbie hello kitty

Carian SinarPlus di media sosial mendapati, sudah banyak destinasi penginapan menawarkan konsep serupa untuk meraikan peminat merah jambu.

Tidak hanya menyediakan kamar dengan tema Barbie, setiap dekorasi lengkap dengan rumah dan anak patung.

Memang mewah, siap pakej panorama KLCC di tengah kota!

 

Selain itu, ramai pengusaha kreatif menampilkan bilik berkonsepkan Hello Kitty khas buat si cilik. Tidak hanya satu unit kamar, tetapi satu rumah penuh dengan tema warna pink tersebut.

Berikut lima destinasi unik yang boleh kalian pertimbangkan jika merancang untuk bercuti:

barbie hello kitty

1. Barbie Ultimate Staycation by Grand Hyatt Kuala Lumpur
Alamat: 12, Jalan Pinang, Kuala Lumpur
Waktu operasi: 24 jam
Harga: Bermula RM1,299
Facebook: Grand Hyatt Kuala Lumpur
Instagram: @GrandHyattKualaLumpur
Laman web: https://barbiestaycation.com/

Baca juga Hello peminat ‘pink’, ini 5 kafe hipster boleh kalian serbu sekitar Selangor & KL

barbie hello kitty

2. Fantasy Hotel
Alamat: G8, Jalan PM 7, Plaza Mahkota, Melaka Raya, Melaka
Waktu operasi: 24 jam
Facebook: Fantasy Hotel
Instagram: @fantasyhotelmelaka

barbie hello kitty

3. JEN Johor Puteri Harbour by Shangri-La
Alamat: Persiaran Puteri Selatan, Puteri Harbour, Nusajaya, Johor
Waktu operasi: 24 jam
Facebook: JEN Johor Puteri Harbour by Shangri-La

Baca juga Sempadan Amerika Syarikat-Mexico viral gara-gara jongkang-jongket warna pink

barbie hello kitty

Iklan

4. Hello Kitty Villa @ A’Famosa
Alamat: Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka
Waktu operasi: 24 jam
Facebook: 马六甲绿树庄园 A Famosa Homestay&Villa

barbie hello kitty

5. MYRUS Resort Langkawi
Alamat: Lot 609 & 765, Jalan Pantai Tengah, Kampung Tasik Anak, Langkawi, Kedah
Waktu operasi: 24 jam
Facebook: MYRUS Resort Langkawi
Instagram: @myrusresort

Boleh dikatakan setiap desain bilik memang berbeza mengikut tema yang ditawarkan.

Bukan setakat budak-budak jer seronok dapat bermalam di sana, malah emak-emak pun boleh teruja sama.

barbie hello kitty

Iklan

Sekali-sekala berbelanja lebih untuk menggembirakan hati isteri dan anak-anak apa salahnya, kan?

Jika anda mempunyai tempat lagi best dan menyeronokkan, bolehlah kongsi di ruang komen kami ya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang