HUGGIES baru-baru ini memperkenalkan Huggies Dry Pants serba baharu yang dilengkapi dengan Teknologi Saluran Dry Xpert.

Malaysia merupakan negara pertama yang melancarkan teknologi itu di rantau Asia Pasifik.

Pengurus Pemasaran (Penjagaan Bayi), Kimberly-Clark Trading (M) Sdn Bhd, Shweta Vig berkata, inovasi Dry Xpert antara lain membantu penyerapan lebih pantas.

“Teknologi Saluran Dry Xpert dihasilkan dari Huggies dengan penyelidikan dan ujian yang teliti. Ia mempunyai saluran berbentuk X di teras lampin (diaper core) untuk mengagihkan kelembapan secara rata menerusi empat arah untuk penyerapan pantas, memastikan kulit bayi kekal kering dan selesa sepanjang pemakaian lampin tersebut.

“Selain itu, saluran berbentuk X pada pelapik membantu lampin mengekalkan bentuk, menghalang kekenduran dengan saiz yang sesuai,” katanya.

Ujar Shweta lagi, untuk kali pertama dalam industri ini, Huggies telah mencipta pengalaman menyeluruh melalui teknologi Augmented Reality (AR) untuk inovasi baharu mereka itu.

Canggih! Huggies Dry Pants serba baharu dengan Teknologi Saluran Dry Xpert, guna AR
HUGGIES Dry Pants serba baharu ini menggunakanTeknologi Saluran Dry Xpert untuk penyerapan lebih pantas dan memastikan si manja kekal gembira dengan kulit kering dan selesa.

Menurut beliau, ibu bapa yang mengunjungi salah satu daripada 300 pasar raya di seluruh negara akan dapat melihat kod QR berdekatan lorong paparan Huggies.

“Imbas sahaja kod ini untuk ketahui apa itu Teknologi Saluran Dry Xpert dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui media sosial. Terdapat hadiah menarik yang menanti pada akhir pengalaman AR ini,” ujarnya.

Iklan

Huggies Dry Pants dengan Teknologi Saluran Dry Xpert serba baharu ini akan tampil dengan reka bentuk yang comel.

Ia tersedia dalam pelbagai saiz (M, L, dan XL) manakala saiz XXL dengan Teknologi Saluran Dry Xpert akan datang pada Januari 2021.

Iklan

Huggies Dry Pants boleh didapati di pelbagai peruncit utama dan peruncit dalam talian di Malaysia. Harga bermula dari RM29.90.

Untuk maklumat lanjut mengenai Huggies Dry Pants dengan Teknologi Saluran Dry Xpert, sila layari laman web rasmi Huggies® Malaysia https://www.Huggies.com.my/.