Ibu bapa risau anak kemaruk makan manis, ini petua ‘mujarab’ elak risiko berpenyakit

ADA sesetengah ibu bapa sangat mengambil berat tentang pengambilan makanan tinggi gula dalam kalangan anak remaja.

Kebiasaan ibu bapa akan mengelak menghidangkan makanan manis dalam rumah dan berharap anak mereka akan mengamalkan pengambilan makanan sihat.

Pun begitu, kebanyakan anak remaja yang meningkat dewasa sukar untuk menerima sesuatu yang dipaksa-paksa.

Sesetengahnya akan mengambil makanan manis secara berlebihan.

Iklan
Iklan

Hidangan manis kebiasaanya dikenali sebagai makanan yang menyeronokkan kerana ia sentiasa ada di kebanyakan majlis keraian seperti majlis hari jadi, majlis perpisahan, majlis meraikan sesuatu kejayaan atau dikira sebagai makanan untuk bersantai atau semasa perjumpaan teman rapat.

Berikut merupakan kaedah yang sesuai untuk membantu anak remaja membuat pilihan sihat dengan bijak:

1. Memahami mengenai makanan yang bernutrisi yang mematuhi pinggan sihat Malaysia #sukusukuseparuh sebagai panduan untuk merancang hidangan utama dan snek.

2. Bincangkan bersama anak remaja anda mengenai makanan yang dikategorikan sebagai ‘makanan gembira’ yang digemarinya serta senaraikan makanan tersebut.

Artikel berkaitan: Awas, teh tarik penyebab penyakit kronik, hati-hati nikmatinya

3. Berikan kebebasan kepada anak remaja untuk merancang diet mereka dengan membantu merangka pemakanan yang seimbang.

4. Cadangkan kepada anak remaja untuk membuat pilihan makanannya sebagai contoh terdapat dua majlis di hujung minggu, sepotong kek di majlis hari jadi teman rapat dan sebatang ais krim di majlis perkahwinan ibu saudara di sebelah malam. Ini memberikan tindak balas kepada anak remaja bahawa mereka boleh mempertimbangkan pengambilan makanan manis di dalam dietnya.

5. Menjadi contoh terbaik kepada anak remaja dengan mengambil makanan manis secara sihat.

6. Apa yang kita mahukan adalah remaja yang mampu membuat keputusan dan pilihan makanan yang sihat. Mampu membuat pilihan mengenai pengambilan makanan manis dan memahami konsep pengambilan diet yang bernutrisi tinggi.

Sumber: @nutritionistkkm

Share
Farah Eliani

 

Published by
Farah Eliani

Recent Posts

Inspirasi! Michelle Yeoh pecah stereotaip, terima Pingat Kebebasan Presiden dari Joe Biden

BINTANG Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh sekali lagi mencipta nama apabila menerima penghormatan…

2 hours ago

‘Alhamdulillah, selesai’. Individu hina anak Caprice melutut mohon maaf, solat taubat di masjid

BARU-baru ini penyanyi hip hop dan pempengaruh, Caprice, 36 dan isteri, Farra Inalis, 29, menzahirkan…

16 hours ago

Bagusnya! Rider jujur dipuji warganet maklumkan pelanggan kedai tiada sijil halal, hati-hati tempah makanan online

TULAR satu video di media sosial memaparkan seorang penunggang p-hailing memberi peringatan kepada pelanggan tentang…

19 hours ago

‘Kepala pusing macam kena gempa bumi’. Wanita derita vertigo dan diserang strok dua kali mohon bantuan

SEJAK diserang strok pada enam tahun lalu, kehidupan wanita bernama Jamilah Mohamad tidak selincah dahulu.…

21 hours ago

Perpisahan tiada unsur orang ketiga, Redza Syah Azmeer dedah sudah maklumkan perkahwinan kepada Irma Hasmie

PERKAHWINAN, Redza Syah Azmeer Mohd Radzuan dengan wanita pilihan, Nur Hafiza Mohd Salim baru-baru ini…

21 hours ago

Ulang tahun ke-25 Akhyar Rashid tragis disamun 2 perompak, Eyka Farhana setia temani di hospital

PELAKON Eyka Farhana kelihatan menemani pemain sayap Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid selepas lelaki itu…

23 hours ago