SIAPA sangka kotak yang sebelum ini dibuang begitu sahaja, rupanya bermanfaat untuk dijadikan lampu hiasan di dalam bilik.

Itulah yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Nani Idayu. Simple sahaja caranya, namun hasilnya sangat menakjubkan. Anak-anak juga pasti suka melihatnya.

Bagi ibu bapa yang nak asingkan bilik tidur dengan anak, mungkin boleh mencuba tip yang dikongsikan itu.

Selain mencantikkan ruangan, ia juga boleh menjadi ‘peneman’ anak-anak yang mungkin masih takut-takut untuk tidur sendirian.

“Saya kongsikan DIY lampu bilik anak-anak dengan hanya menggunkan kotak terpakai. Memandangkan banyak kotak di rumah, sayang nak dibuang. Jadi, saya dapat ilham untuk kitar semula dengan mengubah menjadikan ia lampu.

“Ini dinamakan ‘projek mak mak’. Yang penting bajet sangat berpatutan. Malah, hanya tiga bahan diperlukan untuk projek ini iaitu kotak, led strip light dan lampu ‘lip lap’,” kongsi puan Nani kepada Sinarplus.

Puan Nani bersama anaknya

Berikut adalah cara membuat lampu hiasan:

1. Bahan utama ialah kotak terpakai yang keras dan tebal supaya lebih kukuh.

2. Setelah dilukis, barulah kotak berkenaan dipotong dengan menggunakan cutter biasa, tetapi kena betul-betul teliti.

3. Buat base dua keping kerana permukaan besar perlu lebih tebal. Seterusnya, buat pula tulang supaya ada gap antara lampu dengan dinding. Untuk bahagian ini, Nani menggunakan glue gun untuk gam kotak tersebut.

4. Untuk bahagian hadapan, boleh tambahkan bod ice cream cair.

5. Kemudian, ambil lampu led strip light dan lekatkan di sekeliling belakang bod.

Iklan

6. Seterusnya warnakan. Untuk lampu ini, poster color dicampur dengan foam sheet warna-warni.

7. Seterusnya anak minta tambah lampu aiskrim, Puan Nani kemudiannya membuat base dengan menggunakan dua keping kotak,  potong dan gamkan dengan glue gun.8. Setelah itu, tebuk lubang terlebih dahulu sebelum memasukkan lampu. Gunakan gam bulb lampu itu di kedudukannya.

9. Warnakan lampu menggunakan buncho atau apa yang ada di rumah. Inilah hasilnya.

Iklan

Lampu yang siap digantung.

Beritahu Nani lagi, lampu yang dihasilkan itu akan ditutup apabila anak-anaknya sudah tidur untuk tujuan keselamatan.

Selamat mencuba!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.