Idea staycation sepanjang cuti Aidilfitri, Mercure Kuala Lumpur Glenmarie antara lokasi penginapan baharu yang boleh dicuba

A
A
A

BAGI sesetengah orang, cuti panjang Aidilfitri yang dinanti-nantikan selama dua tahun ini banyak dihabiskan dengan berehat di kampung halaman.

Tidak kurang juga terdapat famili yang sukakan kelainan dengan menyambung bercuti di hotel atau resort bersama anak-anak kecil selepas sakan beraya di kampung.

Bagi mereka yang bercadang untuk staycation bersama keluarga, apa kata anda menghala ke Mercure Kuala Lumpur Glenmarie yang dilancarkan baru-baru ini.

Hotel yang memiliki 229 bilik moden dan kontemporari itu hanya terletak di Glenmarie, Selangor.

Mercure Kuala Lumpur Glenmarie

Lokasi itu juga memiliki akses mudah untuk ke bandar besar seperti Sunway Lagoon, Sunway Pyramid serta Stadium Shah Alam.

Ketua Pegawai Eksekutif Accor Asia Tenggara, Jpeun dan Korea Selatan, Garth Simmons memberitahu, pihaknya sangat teruja untuk memperkenalkan Mercure Kuala Lumpur Glenmarie kepada semua.

Baca juga Bermalam di rumah bot eksklusif, lima pilihan hotel bergerak cetus idea percutian lebih privasi dan selamat

"Aset ini menjadi tambahan penting kepada portfolio rangkaian Mercure global dengan lebih 810 hotel di lebih 60 negara.

"Nikmati kemudahan bilik pelbagai kategori seperti suite superior, deluxe, privilege dan eksekutif yang dilengkapi dengan TV LED Pintar 55 inci serta Wifi berkelajuan tinggi," katanya.

Mercure Kuala Lumpur Glenmarie

Sementara itu, Pengurus Besar Mercure Kuala Lumpur Glenmarie, Ramesh Singh berkata, pihaknya mengalu-alukan tetamu untuk merasai pengalaman bermalam di hotel ini.

"Hotel perniagaan bersifat antarabangsa pertama di kawasan ini menawarkan sesuatu yang istimewa khususnya pelancong yang datang untuk urusan perniagaan atau bercuti," katanya.

Baca juga Hotel bajet utamakan kebersihan dan sanitasi Covid-19, ini pilihan menarik jika bercuti ke Pantai Timur

Apa yang menarik, selain hidangan menumpukan sajian Barat untuk bufet sarapan pagi, barisan kulinari autentik tempatan juga wajib dicuba terutamanya kuih tradisional yang dihidang secara unik menerusi trak makanan di dalam restoran Warna.

Mercure Kuala Lumpur Glenmarie

Bagi mereka yang membawa anak kecil, jangan ketinggalan untuk menikmati kemudahan kolam renang yang luas di atas bumbung.

Untuk mereka yang merancang untuk majlis perkahwinan tertutup, boleh pertimbangkan dewan lengkap pencahayaan semula jadi selain kelengkapan pandang dengar tercanggih untuk 140 orang.

Mercure Kuala Lumpur Glenmarie

Sempena pembukaan hotel, pengunjung boleh menikmati kadar istimewa bermula RM220+ untuk satu malam termasuk sarapan pagi (seorang) dan parking percuma.

Untuk maklumat lanjut, layari www.all.accor.com.

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca