'Sweet memories untuk setiap occasion.' Gula Cakery satukan gaya dan cita rasa dengan sentuhan dekorasi unik untuk seisi keluarga
SETIAP sudut kafe membawa cerita dan setiap kunjungan pasti meninggalkan memori manis. Itu antara impian yang ingin disajikan oleh pemilik kafe yang menjadi pilihan SinarPlus untuk Ilham Dekor kali ini.
Gula Cakery, bukan sekadar nama dalam industri makanan, tetapi juga inspirasi dalam dunia dekorasi kafe. Sejak penubuhannya pada tahun 2015, premis tersebut telah menjadi pilihan ramai kerana bukan sahaja kek yang lazat, tetapi juga ruang yang indah dan memukau.
Dengan lebih 200 jenis kek di bawah jenama tersebut, setiap cawangan Gula Cakery membawa pengalaman dekorasi yang unik dan berbeza, sesuai dengan tagline mereka, 'Sweet memories untuk setiap occation'.
Dengan 12 cawangan di lokasi seperti Kota Kemuning, Shah Alam, MyTown, dan Melaka, setiap outlet menonjolkan konsep yang unik.
Penulis berkesempatan menemu bual Nor Arieni Adriena Mohd Ritzal, atau lebih mesra dipanggil Arieni, selaku Ketua Pegawai Eksekutif dan pemilik Gula Cakery, beliau mengakui sangat menitikberatkan kepuasan pelanggan melalui dekorasi.
“Dulu kami bermula dengan rekaan asas, tetapi kini setiap cawangan mempunyai vibe tersendiri. Pelanggan boleh merasai aura yang berbeza setiap kali mereka ke outlet kami,” katanya.
Unsur kewanitaan
Pada awalnya, premis berkenaan memilih palet warna lembut, tetapi pemiliknya kini lebih berani bermain dengan rona terang untuk mengikuti trend terkini. Selain menarik perhatian, ia juga memberi keselesaan kepada pelanggan, terutama untuk seisi keluarga yang turut memiliki anak kecil.
“Kami pilih tona warna yang sesuai dengan menu makanan yang disediakan. Ada unsur-unsur kewanitaan yang menaikkan seri ruang, dan kombinasi rona itu menyerlahkan setiap kafe,” tambah beliau lagi.
Jika anda belum berkunjung ke Gula Cakery, inilah masanya untuk merasai bukan sahaja kelazatan kek mereka, tetapi juga menikmati ruang yang penuh inspirasi.
Kemasan jubin menjadi elemen penting di setiap cawangan. Selain kelihatan bersih dan licin, jubin dipilih kerana ia tidak mudah kotor. Pemilihan fabrik untuk perabot juga diberi perhatian agar tahan lama dan selesa.
Satu lagi elemen menarik ialah kaunter bar. Rekaan kaunter bukan sahaja praktikal tetapi juga estetik, digunakan untuk mempamerkan kek-kek cantik yang mampu menarik perhatian pelanggan sebaik sahaja mereka masuk ke kafe.
“Kaunter bar adalah pusat tumpuan, jadi rekaan di situ sangat penting untuk meninggalkan kesan pertama yang mendalam,” jelas Arieni.
Dari kafe kecil berukuran 600 kaki persegi dengan hanya 20-30 tempat duduk, hingga outlet besar berukuran 3,000 kaki persegi yang mampu memuatkan 100 pelanggan, Gula Cakery memastikan setiap ruang dimanfaatkan dengan bijak.
Ruang kecil lebih intim, sementara yang besar sesuai untuk acara keluarga atau sambutan istimewa.
Berimpian untuk memperluaskan empayar Gula Cakery ke negeri lain di Malaysia, wanita itu berharap dengan sokongan pelanggan setia dan konsep dekorasi yang sentiasa berubah mengikut trend, hasrat tersebut akan menjadi kenyataan suatu hari nanti.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang