Ini 5 kedai perhiasan rumah yang boleh transformasikan kediaman lebih cantik, tampak elegan sekelip mata

MENJADI impian setiap orang untuk memiliki kediaman yang lengkap dengan dekorasi memukau pandangan dan susun atur perabot yang menarik.

Hati pasti akan terasa tenang dan bahagia tatkala berada di dalam rumah yang serba tersusun dan kemas.

Kepada yang berduit, tiada masalah untuk melantik pereka dalaman untuk menentukan mencorakkan kediaman. Daripada A hingga Z, mereka akan memikirkan segala-galanya.

Namun, kita pun boleh menjadi pereka di rumah sendiri, asalkan bijak menilai keinginan sendiri.

Baca ni Wanita ini kongsi DIY pencuci homemade guna tiga bahan jer. Siap bantu tanggalkan kesan karat!

Gambar sumber IKEA

Gabungan idea bersama ahli keluarga juga pastinya akan merealisasikan lagi kediaman impian.
Satu lagi, paling penting, anda semua perlu tahu beberapa lokasi mencari aksesori, perhiasan mahupun koleksi perabot daripada pelbagai kombinasi warna, gaya dan saiz. Berikut lokasinya:

1 IKEA
Walau sebanyak mana pun lokasi yang disyorkan, warga Lembah Klang (Damansara dan Cheras) akan tetap pergi ke IKEA juga.
Jika dibandingkan dengan jenama perabot lain, premis itu menawarkan harga yang berbaloi dengan tahap ketahanan cukup lama.
Tambahan, terdapat beberapa aksesori termasuk beberapa jenis pokok hidup yang dijual pada harga rahmah. Menariknya, IKEA sentiasa tampil dengan produk baharu mengikut musim.

Iklan
Iklan

Baca ni Cara cuci oven tanpa perlu sental, mudah dan berkesan. Hasilnya pun berkilat!

Gambar sumber IKEA

Terkini, IKEA menampilkan koleksi Gokvalla yang terdiri daripada mangkuk hidang, sarung kusyen, pasu, teko dan pinggang dengan corak minimalis.
Himpunan BASTUA yang menterjemahkan keindahan alam semula jadi Nordic pada perabot, barang-barang kaca dan tekstil dengan cetakan ceria juga harus direbut.

INFO
IKEA
Alamat: Damansara & Cheras, Kuala Lumpur
Waktu operasi: 10 pagi hingga 10 malam
Laman web: www.ikea.com.my
Facebook: IKEA Malaysia
Instagram: @ikeamalaysia

2 HOOGA
Jika kecenderungan anda lebih kepada konsep Scandinavian, HOOGA merupakan lokasi yang ideal.

Daripada kutleri dan bekasnya hinggalah kepada pelbagai pasu, bunga, cermin, langsir, karpet, kerusi, meja, katil, tilam, kusyen, bantal waima lampu pun semuanya bercirikan elemen hygge (santai).

HOOGA sudah memiliki beberapa cawangan di Selangor. Antaranya di Starling Mall, One Utama, IOI City Mall Putrajaya dan Sunway Pyramid. HOOGA juga terdapat di Johor dan Pulau Pinang.

Baca ni Sheila Rusly tayang ruang dapur bikin ramai kagum. Kemas & cantik macam showroom!

Gambar sumber HOOGA

INFO
HOOGA
Waktu operasi:10 pagi hingga 10 malam
Laman web: https://findinghooga.com.my/
Facebook: hoogaofficial
Instagram: @hoogaofficial

3 VALOOBUY
Bagi anda yang gemar membuat sendiri (DIY), VALOOBUY adalah tempatnya.

Kunjungan SinarPlus baru-baru ini ke sana menyaksikan majoriti item kelihatan elegan dan nampak ‘mahal’. Harganya juga amat berpatutan.

Sebagai contoh, sangkar emas untuk hiasan meja dijual bawah RM50 berbanding di sesetengah tempat mencecah ratusan ringgit.

Begitu juga dengan meja kopi eksklusif berwarna emas dan perak. Nilai di VALOOBUY hanya sekitar RM250. Seleksi karpetnya juga boleh bikin anda tidak keruan untuk memilih.

Baca ni Tak sangka mop guna pencuci pinggan je, hasilnya lantai & licin berkilat. Debu-debu pasir pun hilang!

Gambar sumber Valoobuy

INFO
Valoobuy
Alamat: Kuala Lumpur (Setapak), Selangor (Shah Alam, Kapar dan Taman Equine), Ipoh, Perak; Kota Masai, Johor dan Senawang, Negeri Sembilan
Waktu operasi: Setiap hari bermula 9 pagi hingga 9 malam
Laman web: www.valoobuy.com
Facebook: valoobuy
Instagram: @valoobuy

4 NITORI
Satu lagi destinasi kelengkapan rumah eksklusif dari Jepun yang perlu anda terjah jika mempunyai bajet lebih.
Apa yang boleh dikatakan, segala keperluan sebuah rumah ada di sana, walau dari sekecil-kecil item.
Kami berterus-terang, harga di Nitori agak premium memandangkan material setiap barang berkualiti tinggi.
Namun, apa salahnya berbelanja lebih kerana kediaman mewakili keperibadian dan karakter kita.

Baca lagi DIY pewangi semburan untuk hilangkan bau kepam dalam rumah & hilangkan habuk kipas. Mudah, jimat & tahan lama!

INFO
Nitori
Alamat: Bukit Bintang, Pavilion Bukit Jalil, IOI City Mall Putrajaya dan One Utama
Waktu operasi: 10 pagi hingga 10 malam
Laman web: www.nitori.my
Facebook: nitorimalaysia
Instagram: @nitorimalaysia

5 U.JU
Berkonsepkan moden kontemporari, lokasi terakhir yang SinarPlus ingin kongsikan adalah di U.JU Home.
Kami jamin, singgahan anda di sana akan mengambil masa berjam-jam untuk membelek deretan barangan mewah dengan desain ‘masa hadapan’.
Mata pasti tertancap melihat reka bentuk lampu, pasu, lukisan dinding, rak, mahupun bekas meletak cecair dan seleksi bunga-bungaan tiruan.
Banyak lagi barangan yang berkonsepkan estetik seperti Scandivanian dan Bohemian yang lain.

Gambar sumber U.JU

INFO
U.jU Home
Alamat:The Curve, Level 2, Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor
Waktu operasi: Bermula 10.00 pagi hingga 10.00 malam
Facebook: U.JU.HOME
Instagram: @u.ju.home

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Share
Zaiton Manaf

Published by
Zaiton Manaf

Recent Posts

15 tahun ‘menyepikan’ diri, Sarimah Ibrahim akui tak hilang, kini kembali berlakon

“SAYA tak hilang, cuma jarang muncul dalam industri seni.” Ungkap pengacara dan pelakon, Che Puan…

36 mins ago

‘Let them eat cake’ cetus gerakan Block Out 2024, netizen boikot selebriti ‘tutup mulut’ isu penduduk P4lestin

BARU-baru ini warga maya di Malaysia melancarkan gerakan Blockout 2024 sebagai salah satu cara menunjukkan…

48 mins ago

‘Ia mengikut prosedur.’ JPN dedah Halim Othman, ibu Myra Natasya kemuka pembetulan sijil kelahiran

KONFLIK hubungan pelakon Myra Natasya dan bapa, Halim Othman menjadi perhatian ramai. Hal berkenaan dikatakan…

3 hours ago

‘Handsome dan cantik jelita semuanya. ‘Anak lelaki Anzalna bergambar bersama sepupu buat ramai terpegun. Sweetnya!

HANDSOME dan cantik-cantik belaka. Demikian pujian yang diberikan kepada anak selebriti terkenal Anzalna Nasir yang…

7 hours ago

‘Muka gangster’ Muhammad Mikhael Sathayah naik pelamin, tema merah jambu jadi perhatian. ‘Saya terima nikahnya Murni Azwa…’

SELAMAT pengantin baharu buat pempengaruh dikenali sebagai Muka Gangster, Muhammad Mikhael Sathayah yang selamat diijab…

8 hours ago

Desserts homemade berasap viral di Pontian, Johor! Ini rupanya aiskrim dulang lengkap dengan topping buah segar

WAH! Ini boleh bikin romantis bila dapat makan aiskrim bersama kesayangan. Apatah lagi, premis yang…

8 hours ago