Tak sangka mop guna pencuci pinggan je, hasilnya lantai & licin berkilat. Debu-debu pasir pun hilang!

SETIAP kali mop lantai, pasti kita berdepan dengan masalah kesan kotoran yang tidak mahu tanggal.

Kalaulah anda sejenis yang rajin memasak, pasti kesan minyak melekit di lantai akan kekal jika dibiarkan lama tidak dicuci.

Bila hal itu selalu terjadi, bila muncul je iklan tentang pencuci lantai, apalagi, kita mula teruja nak cuba.

Semua demi memastikan lantai bersih dan berkilat.

Gambar sekadar hiasan

Baca ni ‘Mop legend’ tetap pilihan. Gelagat Feeya Iskandar kemas rumah sebelum keluar ‘me time’ raih pujian

Iklan
Iklan

Namun, biasanya hasil pasti mengecewakan.

Nak buat macam mana kan, itula kesukitan biasa yang melanda lebih-lebih lagi jika lantai kediaman atau premis kita jenis tiles atau jubin.

Tak perlu gundah-gulana. Nah! SinarPlus kongsikan satu tip mudah dengan hanya menggunakan pencuci jenama Sunlight saja.

Petua yang dimuat naik oleh Heze Zamri menerusi laman Facebooknya itu dikatakan dapat membantu menghilangkan kotoran dan debu pasir, sekali gus membuatkan lantai licin berkilat.

“Sekadar perkongsian. Petua nak bagi licin dan kilat lantai di rumah, hanya dengan menggunakan pencuci pinggan mangkuk Sunlight je.

“Caranya cukup mudah. Letak sedikit sahaja lalu bancuh dengan air biasa. Kemudian, bolehlah mop lantai,” ujar Heze.

Malah, katanya, sebelum ini beliau pernah mempraktikkan kaedah yang sama menggunakan pencuci jenama lain, namun debu-debu pasir disebabkan pengubahsuaian rumah tetap tidak hilang.

Baca ni Rahsia cantik & sihat dengan jus kunyit, wanita ini kongsi resipi remedi turun-temurun yang mudah tapi berkesan

Selepas mencuba dengan menggunakan Sunlight lantai rumah juga lebih bersinar.

Rupa-rupanya petua itu diperoleh daripada perkongsian saudara sebelah ibunya yang merupakan seorang kontraktor bagi perkhidmatan cucian.

Menarik juga idea ini kan. Admin pun nak cuba lah nanti. Jimat wang, jimat juga tenaga sebab tak perlu menyentah lebih-lebih.

Baca lagi DIY pewangi semburan untuk hilangkan bau kepam dalam rumah & hilangkan habuk kipas. Mudah, jimat & tahan lama!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Share
Zaiton Manaf

Published by
Zaiton Manaf

Recent Posts

Inspirasi! Michelle Yeoh pecah stereotaip, terima Pingat Kebebasan Presiden dari Joe Biden

BINTANG Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh sekali lagi mencipta nama apabila menerima penghormatan…

1 hour ago

‘Alhamdulillah, selesai’. Individu hina anak Caprice melutut mohon maaf, solat taubat di masjid

BARU-baru ini penyanyi hip hop dan pempengaruh, Caprice, 36 dan isteri, Farra Inalis, 29, menzahirkan…

15 hours ago

Bagusnya! Rider jujur dipuji warganet maklumkan pelanggan kedai tiada sijil halal, hati-hati tempah makanan online

TULAR satu video di media sosial memaparkan seorang penunggang p-hailing memberi peringatan kepada pelanggan tentang…

19 hours ago

‘Kepala pusing macam kena gempa bumi’. Wanita derita vertigo dan diserang strok dua kali mohon bantuan

SEJAK diserang strok pada enam tahun lalu, kehidupan wanita bernama Jamilah Mohamad tidak selincah dahulu.…

20 hours ago

Perpisahan tiada unsur orang ketiga, Redza Syah Azmeer dedah sudah maklumkan perkahwinan kepada Irma Hasmie

PERKAHWINAN, Redza Syah Azmeer Mohd Radzuan dengan wanita pilihan, Nur Hafiza Mohd Salim baru-baru ini…

21 hours ago

Ulang tahun ke-25 Akhyar Rashid tragis disamun 2 perompak, Eyka Farhana setia temani di hospital

PELAKON Eyka Farhana kelihatan menemani pemain sayap Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid selepas lelaki itu…

23 hours ago