ANDA penggemar pasta? Bosan dengan sos yang sedia ada di pasaran?

Jika anda sukakan rasa pedas dan kuah yang creamy, ini resipi homemade sos pasta yang anda patut cuba. Sangat mudah dan sedap!

Bahan-bahan:
Segengan pasta
6 biji cili padi
3 ulas bawang putih
1 kotak kecil susu segar
1 kiub pati ayam
Ayam/sosej
Garam

Cara-caranya:
1.Rebus pasta
2.Goreng ayam atau sosej terlebih dahulu
3.Sediakan bawang putih dan cili padi kemudian tumbuk lumat
4.Tumis bawang putih dan cili padi tadi
5.Masukkan ayam atau sosej
6.Masukkan susu dan gaul rata
7.Apabila sudah timbul buih masukkan kiub pati ayam dan sedikit garam
8.Siap! Tuangkannya pada pasta yang sudah direbus

Iklan

Mudahkan resipi ini. Buat pengemar pasta anda patut cuba. Mudah dan sangat sedap!

Iklan

Penulis: Suhaila Ali
Foto: Unsplash