Lemak, masin dan manis... sedapnya jagung rebus susu cheese

Lemak, masin dan manis... sedapnya jagung rebus susu cheese
Lemak, masin dan manis... sedapnya jagung rebus susu cheese
A
A
A

BUAT pencinta jagung, ini satu resipi enak yang patut korang cuba.

Biasanya jagung dibakar dan direbus namun kali ini SinarPlus kongsikan jagung rebus susu berkeju.

Biji jagung tidak perlu dikupil hanya dimasukkan bersama tongkol untuk direbus.

Sedikit kelainan menu ini adalah menggunakan butter dan keju menjadikan kuahnya enak, lemak dan manis.

Lebih nikmat dinikmati jika disejukkan dalam peti seketika.

Jagung berkeju ini sesuai juga dijadikan pencuci mulut di majlis rasmi dan sebagainya.

Bahan-bahan :

  • 4 tongkol jagung
  • 1 tin susu cair (fresh milk Dutch Lady)
  • 2 sudu besar susu pekat (kalau ingin manis boleh tambah)
  • 2 sudu besar planta atau buttercup
  • Garam
  • Lada sulah
  • 4 keping keju Cheddar

Cuba juga Resipi rahsia sambal ayam penyet yang senang dan rasa padu

Cara-cara :

1. Masukkan semua bahan dalam periuk biar mendidih.

2. Letak daun pandan supaya wangi.

Siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba!

Sumber: Siti Nabilah Jamaluddin

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca