KATA orang, masakan sambal ini boleh jadi pembuka selera untuk dinikmati bersama nasi.

Biasanya kita makan sambal ikan bilis, sambal udang, sambal ikan dan sambal ayam, kali ni kita cuba pula sambal daging.

Selain menu ini ringkas dan senang dimasak, ia juga memberi kelainan rasa daripada kebiasaan.

Sambal daging cili api dimasak bersama kacang panjang ini dijamin puas hati buat penggemar pedas.

Mari kita cuba masak sendiri di rumah resipi daripada perkongsian Ziera Xiera ini.

Bahan-bahan;

Bahan A (dikisar)

  • 15-20 biji cili api
  • 4-5 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar

Bahan B

  • 2 inci halia
  • 1 sudu besar kicap pekat manis
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 6-8 sudu besar sos cili
  • Garam dan gula secukup rasa

Artikel berkaitan: Manika ikan siakap kukus terlajak lazat

Bahan C

  • Daging yang telah digoreng
    **Daging batang pinang dihiris nipis dan digaul bersama serbuk kunyit dan garam,
    kemudian goreng – ketepikan (jangan goreng terlalu lama nanti keras tak sedap)

Bahan D

Iklan
  • 3-5 biji cili besar merah dan hijau dihiris
  • 1 biji bawang besar dihiris
  • 3-5 kacang panjang

Cara-caranya;

1. Tumis bahan A sehingga pecah minyak.

2. Kemudian masukkan bahan B. Masak sambalnya hingga agak pekat dan naik minyak.

3. Masukkan daging kacau sebati agar bersalut dengan sambal dan

Iklan

4. Akhir sekali taburkan bahan D

Siap dan boleh dihidangkan. Selamat mencuba!

Sumber: Ziera Xiera