SOS lada hitam sedap dinikmati bersama chicken chop, kambing bakar, ayam panggang dan sebagainya.

Nak dapat sos lada hitam yang pedas dan lemak berkrim serta cukup rasa mestilah mempunyai rahsia yang tersendiri.

Yang penting sos lada hitam itu tidak muak, barulah boleh menikmati kelazatan menu masakan kita sepuas-puasnya.

Ok korang boleh mencuba sendiri resipi sos lada hitam yang dikongsi oleh Cikgu Afy Al Habibi ini.

Katanya, yang dah pernah cuba membuat mengikut resipi ini sangat setuju ia sangat sedap. Kena sekali dengan cita rasa. Langsung tak muak.

Bahan-bahannya:

  • 3/4 sudu besar Planta
  • 1 ulas bawang putih (diracik halus)
  • 1 tin sos spageti keju & herba
  • 3/4 tin air suam
  • 1 1/2 sudu besar serbuk keju (boleh beli kedai bakery)
  • 1/2 sudip kicap Jalen lemak manis.
  • 3/4 sudu besar serbuk lada hitam

Artikel berkaitan: Jom pekena nasi kandar, mi sotong di Pulau Pinang

Cara membuatnya;

1. Panaskan 3/4 sudu besar marjerin dalam api kecil sahaja. Masukkan 1 ulas bawang putih yang telah diracik halus. Tumis sehingga naik bau.

2. Masukkan 1 tin sos spageti keju. Pilih yang botol kuning. Saiz tin paling kecil (250 gram kalau tak silap). Tambahkan air suam 1 tin.

3. Masukkan 1 sudu besar serbuk cheese. (Optional) Kalau ada lagi sedap.

4. Tambahkan 1/2 sudip kicap lemak manis. Boleh tambahkan ikut kesesuaian warna kalau suka gelap. * jangan guna kicap masin*

5. Masukkan 3/4 sudu besar serbuk lada hitam kisar. Juga masukkan 3/4 sudu kecil gula (boleh masuk sikit-sikit untuk langkah selamat). Kacau sebati.

6. Tutup api setelah semua rasa sebati.

Selamat mencuba! Semoga bermanfaat.

Kredit : Afy Al Habibi