BUKAN  sahaja telefon pintar, Xiaomi Corporation kini melangkah lebih ke hadapan dengan mereka cipta vakum robotik yang dinamakan Mi Robot Vacuum-Mop.

Xiomi dalam satu kenyataan media berkata, dengan motor Nidec tanpa berus, alat berkenaan mempunyai daya sedutan maksimum 2,500Pa dengan empat mod kuasa lebih laras.

Reka bentuknya juga langsing setinggi 8.2 sentimeter bagi membolehkan vakum terbabit bergerak secara bebas di bawah perabot atau di ruangan sempit dalam kediaman.

Xiaomi
VAKUM robotik berteknologi yang dinamakan Mi Robot Vacuum-Mop.

Menariknya lagi, Mi Robot Vacuum-Mop yang dijual pada harga runcit, RM999 itu boleh dikawal dengan aplikasi Mi Home dan alat kawalan jauh.

Selain itu, Xiomi juga hadir dengan alat penambah jarak WiFi atau penguat signal, Mi Wi-Fi Range Extender Pro.

Jika keluasan rumah pengguna terlalu luas atau mendiami rumah dua atau tiga tingkat, gajet tersebut sememangnya sangat diperlukan.

Iklan

“Dengan memanfaatkan dua antena luaran dan teknologi WiFi 802.11n, Mi Wi-Fi Range Extender Pro menyediakan penyambungan yang stabil dengan kelajuan rangkaian hingga 300Mbps. Alat itu juga menyokong sambungan maksimum hingga 16 peranti,“ kata kenyataan itu.

Iklan

Mi Wi-Fi Range Extender Pro dijual pada harga RM59.

Kedua-dua inovasi baharu Xiomi itu boleh didapati bermula 25 Jun lalu di semua premis Mi Stores seluruh negara.