7 tahun masak di dapur, Khairul Aming capai impian masak sambil jalan-jalan New Zealand. Warganet risau tiket flight sold out!
SIAPA tak kenal Khairul Aming. Popular dengan resipi viral pada bulan Ramadan, selebriti masakan ini maju setapak lagi dengan menghasilkan video masakan berlatarkan keindahan alam New Zealand.
Memuat naik episod pertama, pemilik nama Khairul Amin Bin Kamaruzaman itu berkata, ia adalah impian yang menjadi kenyataan.
Bakal berkongsi total sembilan video masakan di negara Kiwi, bekas jurutera oil and gas itu bukan sahaja mempamerkan kemahiran memasaknya yang hebat tetapi juga membawa penonton menikmati pemandangan indah dan memukau negara tersebut.
"Selepas tujuh tahun buat video masak kat dapur, tiba masa untuk upgrade my content. Memperkenalkan my new cooking series di mana kita rakam sembilan episod memasak sambil explore New Zealand.
"Impian untuk pursue my passion sambil travel dunia akhirnya tercapai. Welcome to the first episode," titip graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kejuruteraan Mekanikal), Universiti Vanderbilt, Amerika Syarikat.
Menerusi tinjauan SinarPlus, video Episod 1 yang telah mencecah lebih 250,000 jumlah tontonan membuatkan warga maya teruja menantikan perkongsian video seterusnya.
Berjaya mencuri hati penonton, rata-rata menzahirkan rasa teruja dan gembira. Tidak kurang berseloroh tiket penerbangan ke New Zealand bakal 'sold out' sebagaimana bahan resipi Khairul Aming sebelum ini.
Ujar mereka:
"Tunda la kalian nak ke NZ, confirm tiket sold out buat masa dua tahun terdekat gara-gara projek Khairul Aming ni."
"Sold out lah daun pudina dkt NZ nanti kan."
"Subhanallah cantik sungguh ciptaan ALLAH. Thank You @khairulaming for sharing this beautiful journey."
"Been waiting for NZ video ni...bestnyaaaa view cantik sangat."
"Thanks for including the fact that it took you 7 years to achieve this. It’s so heartwarming to watch!!"
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang