Berjaya tamatkan 21km walau tidak dapat melihat, OKU ini dipimpin sahabat hingga ke garisan penamat. Sebak!
TULAR satu video baru-baru ini memaparkan dua sahabat berganding bahu dalam satu acara larian Score Marathon 2025 di Putrajaya.
Apa yang menyentuh hati ialah salah seorang pelari itu merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan.
Malah, sepanjang larian tersebut, rakan karibnya yang bertindak sebagai 'guide runner' dilihat tidak berenggang dan sentiasa berada di sisi sambil memimpin tangan pemuda tersebut.

Meskipun tidak mampu melihat, namun semangat lelaki bernama Adry Fazmi begitu kuat sehinggakan berjaya menamatkan larian 21KM.
Bahkan, dalam perkongsian TikTok miliknya, @adryfazmi, pemuda tersebut dilihat bersemangat dalam menyertai acara sukan berkenaan sehingga mengundang rasa kagum ramai.

Ada yang memberi tepukan sokongan buatnya selain ucapan tahniah usai Adri menuju ke garisan penamat.
"Dengan sokongan keluarga, pasangan dan sahabat, tiada apa yang mustahil.

"Sebagai seorang yang kurang penglihatan, berlari sejauh 21KM terasa seperti satu impian yang sukar dicapai. Namun dengan sokongan mereka, saya temui kekuatan untuk terus melangkah.
"Jika anda kenal seseorang yang sedang bergelut, hulurkan tangan. Sokongan atau kehadiran anda mungkin menjadi momen penting dalam hidup mereka," titipnya lagi.
KAWAN YANG BAIK
Sementara itu, rata-rata netizen menerusi ruangan komen menitipkan ucapan tahniah dan memuji semangat yang ada dalam diri lelaki tersebut.

"Suatu hari nanti, tangan itu juga ditarik ke syurga. Aamiin²."
"Manusia hebat! Seriously hebat! Saya full panca indera cant even do the running like this guy! Proud of u man!"
"awak istimewaaa dikk berjayaaa menamatkan larian …dikelilingi kawan2 positif yg bagi semangat …tahniahhhhh"

"Untungnya dia dapat kawan yang baik.. hebat tahniah."
"21km kental ko bro..paling hebat ko dgn kwn ko sama hebat..seorang memimpin seorang dipimpin
umber: TikTok @adryfazmi, TikTok @aidashafit
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

