Cubaan cari ibu kandung di laman sosial berhasil! Wanita sebak bertemu semula setelah 29 tahun berpisah "dorongan orang terdekat beri kekuatan"
ZAMAN media sosial kini sememangnya memberi banyak manfaat dan memudahkan urusan ramai. Lebih-lebih lagi untuk hal yang penting.
Kalau sebelum ini, perkara yang melibatkan kehilangan sesuatu atau orang harus minta bantuan polis untuk mencari. Namun kini, ramai yang mengambil jalan pintas dengan hanya memuat naik gambar atau video di media sosial.
Pun demikian, cara berkenaan tidak semestinya berhasil. Ia bergantung kepada nasib juga, sama ada akan jumpa semula atau tidak.
Misalnya, seperti yang dilakukan oleh seorang wanita ini yang mencuba nasib mencari ibu kandungnya yang sekian lama terpisah melalui aplikasi TikTok. Dalam perkongsian tersebut, pemilik akaun babysayang952 meletakkan gambar ibunya.
"Saya mencari orang yang berada di dalam gambar ini. Siapa yang mengenali beliau boleh tolong chat, saya mencari mak kandung saya. 29 tahun tak pernah berjumpa. Selama ini tak ada kekuatan nak cari, sekarang ini baru ada. Saya tahu benda ini akan menyakitkan diri sendiri, saya cuma ingin berjumpa walaupun sekejap," tulisnya di ruangan kapsyen.
Pencarian satukan ibu dan anak
Ternyata, pencariannya membuahkan hasil. Selang beberapa hari, beliau memuat naik perkongsian baharu bersama ibu kandungnya.
Dalam video tersebut, mereka berdua dilihat saling berpelukan di hadapan rumah ibunya dan menangis meluahkan perasaan rindu yang sekian lama tidak bersua muka. Malah, wanita itu memilih untuk buka buku baharu dan melupakan kisah silam antara mereka berdua.
@babysayang952 selepas 29 thun akhirnya dpat berjumpa dengan ibu kandung..terima kasih kepada semua yg membantu nk mengenali ibu sye #fyppppppppppppppppppppppp#fypシ#kuasaviral#xybca Wiwi Anjani. Cauna Mupalece - KING ᵃʳʸ-ᵖᵗᵏ
Dalam pada itu, salah seorang pengguna aplikasi yang sama telah bertanyakan punca mereka berpisah dan bagaimana wanita berkenaan mendapat kekuatan untuk mencari semula ibu yang melahirkannya itu.
Kata tuan punya badan, perpisahan mereka dahulu terjadi disebabkan kesusahan hidup. Beliau telah diserahkan kepada keluarga angkat dan hanya mengetahui wajah ibunya menerusi gambar sahaja.
Pada asalnya, dirinya tiada kekuatan untuk berjumpa semula, tetapi dorongan orang terdekat membuatkan si anak mendapat kekuatan untuk mencari semula ibu kandungnya itu.
Perkongsian itu nyata mengundang sebak warganet. Mereka melahirkan rasa terharu apabila melihat momen berharga ibu dan anak disatukan semula ini.
Malah, ada juga yang berkongsi cerita masing-masing yang pernah melalui situasi sama dengan wanita berkenaan.
Terharu, kan? Ada manfaatnya juga laman sosial untuk kita semua. Memudahkan urusan pada saat genting.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang