Genggam ijazah universiti ternama pada usia 22 tahun, anakanda bongsu Tengku Permaisuri Selangor, Adam Salleh jadi perhatian warganet

A
A
A

ANAKANDA kedua Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin iaitu Adam Salleh bin Mustapha Kamal menjadi perhatian warganet.

Jarang muncul di laman sosial, berita kejayaannya dikongsikan menerusi laman sosial Instagram rasmi Istana Selangor.

Diberitakan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Tengku Permaisuri Norashikin berangkat ke Switzerland bagi menghadiri majlis graduasi anakanda bongsunya itu.

Adam Salleh, 22, yang menamatkan pengajian selama tiga tahun di Swiss Hotel Management School (SHMS) dengan Kepujian Kelas Pertama dan menerima Ijazah Sarjana Muda Seni dalam Hospitaliti Antarabangsa dan Pengurusan Acara pada majlis graduasi telah berlangsung pada 31 Mei lalu.

SHMS yang berpengkalan di Caux, Switzerland berada di kedudukan kedua dalam senarai penarafan ‘Best University in the World for Hospitality and Leisure Management’ oleh QS Ranking 2024.

Kampus SHMS terletak di dalam bangunan bersejarah, Caux Palace yang dibina pada tahun 1902, yang turut tersenarai sebagai warisan kebangsaan Switzerland," kongsi Instagram Selangor Royal Official.

Kejayaan diraikan warga maya yang menzahirkan ucapan tahniah. Ujar mereka:

Congratulations Tuanku and family.

Alhamdulillah tahniah.

Beautiful family,happy occasion too.

Alhamdulillah. Tahniah Tuanku dan Adam Salleh. Patik gembira kerana hubungan ibu dan anak berkekalan.

Tahniah buat Tuanku dan anakanda, barakallah.

Selain Adam Salleh, anak sulung Tengku Permaisuri Norashikin, Nur Amanda terdahulu menamatkan pengajian peringkat sarjana pada usia 22 tahun.

Pada 11 November 2022, Nur Amanda menerima Ijazah Sarjana Kejuruteraan dalam Kejuruteraan Mekanikal (Master of Engineering in Mechanical Engineering) dari University of Bristol, United Kingdom.

Adam Salleh dan Nur Amanda adalah hasil perkahwinan Tengku Permaisuri Norashikin dengan suami pertamanya, Kapten Mustapha Kamal Halim.

Sumber: Instagram Selangor Royal Official

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang