Inspirasi! Usia 47 tahun Mohd Safuan bergelar pelajar, kejar cita-cita lepas 'bersara'. 'Nak buka pusat servis kenderaan dengan anak'

No Image Caption
A
A
A

USIA tentunya bukan penghalang untuk menuntut ilmu. Selagi ada masa dan kudrat, teruslah menggapai cita-cita seperti lelaki ini yang benar-benar memberi inspirasi! Berbaki tiga tahun ke usia 50 tahun, Mohd Safuan Nadin, 47, membuktikan pembelajaran seumur hidup.

Bapa kepada dua cahaya mata itu baharu sahaja mendaftar sebagai pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif) tular di laman sosial politeknik itu sebagai pelajar paling 'senior' di Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan sesi II 2024/2025!

Sudah berada dalam zon selesa dalam usia 'persaraan' muda, Mohd Safuan mendedahkan ada faktor pendorong yang membuatnya nekad.

No Image Caption

Pemegang Sijil Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Ungku Omar dan Diploma Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Teknologi Malaysia ingin merealisasikan cita-cita membuka membuka pusat servis kenderaan bersama anak tersayang.

"Saya memilih menyambung pengajian dalam bidang automotif ini pertamanya kerana minat dan keduanya saya dah merancang dengan anak sulung selepas tamat pengajian untuk membuka pusat servis kenderaan.

"Anak saya kini sedang menyambung Ijazah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam bidang perniagaan," katanya.

BERSARA AWAL DORONG SAMBUNG BELAJAR

Artikel Berkaitan:

Bapa kepada dua anak berusia 22 dan 16 tahun itu pernah bekerja sebagai Pengurus Agensi Kumpulan dalam Unit Amanah dan Takaful berkata, keputusan menyambung pengajian terbabit dibuat tahun lalu selepas berbincang dengan keluarga.

No Image Caption

Kata Mohd Safuan, beliau tiada masalah untuk menyambung pengajian sepenuh masa kerana tidak lagi bekerja selepas memilih 'bersara' pada usia 40 tahun.

"Memang sasaran saya apabila cukup saja duit simpanan pada usia 40 tahun, saya tidak lagi mahu bekerja.

"Jadi dalam tempoh enam tahun, saya hanya duduk di rumah saja. Tapi sejak tahun lalu saya terfikir mahu membuka pusat servis kenderaan bersama anak dan disebabkan itu saya nekad sambung belajar untuk menambah ilmu," katanya.

PERCAYA POTENSI BIDANG TVET

Mungkin, bagi sesetengah orang lebih baik sahaja berehat dan menikmati usia persaraan. Namun Mohd Safuan, beliau mempunyai matlamat sendiri.

No Image Caption

Malah, baginya masih belum terlambat untuk berbuat demikian ditambah pula bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kini dilihat mempunyai masa depan yang lebih cerah.

Sebagai alumni politeknik, Mohd Safuan berkata, institusi pendidikan berkenaan sudah jauh berubah berbanding dahulu.

Ujarnya, politeknik hari ini bukan saja bertambah baik dari segi evolusi teknologi, malah fasiliti disediakan serta sistem pembelajarannya juga lebih tersusun.

Sebagai 'otai', Mohd Safuan menggalakkan generasi muda memilih bidang TVET untuk melanjutkan pelajaran.

"Kalau kita tengok, industri hari ini sangat memerlukan pelajar-pelajar yang mengambil jurusan TVET.

"Ini kerana bahagian teknikal ini berkembang luas dan di negara kita pun industri bertambah setiap tahun. Jadinya negara sangat memerlukan tenaga mahir," katanya.

Oleh sebab itu ujarnya, fokus kerajaan dalam bidang TVET sekali gus meletakkan politeknik dan kolej komuniti di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) adalah satu inisiatif yang baik.

Menyaksikan semangat Mohd Safuan, warganet menzahirkan inspirasi dan keterujaan untuk menyambung pengajian.

"Kalau macam ni saya nak daftar kursus Diploma Seni Bina. Saya umur 47 juga. Inspirasi!"

"Nanti kena jadi ketua kelas. Apa-apa pun kagum dengan semangat awak untuk sambung belajar. Salute."

"Terbaik! Saya dulu masuk umur 32 tahun, Alhamdulillah sukses. Insya-ALLAH, tuan pasti berjaya."

"Syabas bro, memberi motivasi kepada golongan muda terutama yang 10,000 tidak hadir SPM."

"Tiada makna lambat untuk menuntut ilmu. Terbaiklah."

Sumber: Facebook

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang