Kuasai Matematik, tambah keyakinan! Syed Saddiq lancar kelas online percuma selama sebulan, bantu batch 09
MATEMATIK sering dianggap subjek paling mencabar oleh ramai pelajar, bukan sahaja kerana formula dan konsep yang banyak, tetapi juga kerana tekanan menjelang peperiksaan besar seperti SPM.
Tidak kurang juga yang mengeluh, “Macam mana nak faham semua ni?” atau “Saya takut tak cukup masa nak kuasai Matematik.”
Untuk membantu pelajar menghadapi cabaran itu, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, bersama selebriti Bella Astillah, baru-baru ini menyertai program Online Tuition Class (OTC) Matematik percuma khas untuk pelajar Tingkatan 4 Batch 09 yang bakal menghadapi SPM 2026.
Pelancaran program ini berlangsung meriah semasa Roadtour Mula Awal Straight A SPM 2026 di IDCC Shah Alam, dengan kehadiran hampir 1,000 calon SPM dari seluruh negara.
Bertemakan Generasi Pandai Matematik, OTC ini direka untuk membantu pelajar membina asas Matematik yang kukuh, meningkatkan keyakinan diri, dan memberi peluang belajar berkualiti tanpa perlu risau tentang kos.
Cikgu Fana, Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, berkata, “Kami percaya setiap pelajar berhak mendapat peluang belajar yang adil.
"Dengan OTC ini, kami nak bantu 20,000 pelajar Batch 09 mula lebih awal, bina asas yang kukuh, dan masuk SPM dengan lebih yakin.
"OTC bukan sekadar kelas Matematik, tetapi juga cara pelajar faham konsep, kenal diri, dan bersedia menghadapi cabaran SPM," ujarnya.
Sementara itu, Syed Saddiq turut menekankan pendidikan berkualiti harus boleh diakses semua, bukan hanya mereka yang mampu.
“Kita nak pastikan anak muda hari ini tidak tercicir hanya kerana kos.
"Dengan persediaan awal, sokongan tepat dan guru berdedikasi, pelajar kita boleh jadi generasi lebih yakin, mahir, dan bersedia bersaing di masa depan,” katanya.
Majlis pelancaran juga lebih meriah dengan kehadiran duta rasmi PTTI, Iman Troye, yang memberi kata-kata semangat dan motivasi kepada para pelajar.
Walaupun kelas dijalankan secara dalam talian, pengalaman tetap interaktif dan menyeronokkan, membolehkan pelajar belajar santai tetapi fokus, ulang topik yang susah difahami, dan berkongsi tips belajar dengan rakan.
Program OTC Matematik ini terhad kepada 20,000 pelajar Batch 09 dari seluruh Malaysia — jadi memang peluang terbaik untuk mula awal dan bersedia menghadapi SPM dengan lebih yakin.
Selain menguasai Matematik, pelajar juga belajar disiplin, persediaan awal, dan cara memanfaatkan teknologi untuk pembelajaran.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

