Terapkan nilai keislaman, Mardhiyyah Hotel & Suite miliki Pengiktirafan Penginapan Pelancongan Mesra-Muslim

No Image Caption
A
A
A

TERDAPAT lambakan hotel di Malaysia, namun tidak semua menerapkan konsep mesra muslim. Mungkin sesetengah individu memilih untuk menetap atau mengadakan program di hotel berdasarkan harga dan fasiliti yang disediakan, tetapi kadangkala alpa tentang kebersihan terutamanya sijil halal pada makanan yang disediakan.

Menyahut seruan pihak Pusat Pelancongan Islam (ITC), baru-baru ini Mardhiyyah Hotel & Suites sekali lagi berjaya memperoleh sijil Pengiktirafan Penginapan Pelancongan Mesra-Muslim yang diiktiraf oleh pihak berkenaan.

Pengiktirafan sijil Platinum itu merupakan satu usaha untuk mewujudkan keyakinan kepada pelancong tempatan dan antarabangsa terhadap kemudahan fasiliti di setiap premis pelancongan termasuk hotel.

Sijil Pengiktirafan Penginapan Pelancongan Mesra-Muslim yang diterima.
Sijil Pengiktirafan Penginapan Pelancongan Mesra-Muslim yang diterima.

Pada masa sama, ia mampu mempromosikan dan merancakkan sektor pelancongan Islam di Malaysia.

Menurut Pengarah Urusan Mardhiyyah Hotel & Suites, Datuk Seri Hj Mohamed Rafik Hj Mohd Idris, mereka telah melalui beberapa proses dan penelitian mengikut garisan panduan Pengiktirafan Perlancongan dan Hospitaliti Mesra-Muslim.

"Antaranya seperti pendaftaran dan permohonan, penyediaan dokumentasi dan penilaian awal. Hotel ini telah memperolehi Sijil MFAR sejak 2019. Setiap proses akan diteliti juga disemak mengikut dokumentasi seperti dokumen sokongan seperti salinan sijil pendaftaran MOTAC, surat perlantikan pegawai MFAR, prosedur sertu, sijil tanda arah kiblat, salinan sijil halal, dan spesifikasi produk.

"Selain itu, kriteria penarafan MFAR memerlukan hotel memastikan ciri-ciri dan kemudahan hotel memenuhi syarat kelayakan berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh ITC," ujarnya.

Beliau sebelum itu menerima anugerah di Majlis Pengurniaan ‘Plaque’ Muslim-Friendly Tourism and Hospitality Assurance and Recognition (MFAR) yang disempurnakan oleh Pemangku Raja Perlis, bersempena dengan Majlis Pra Pelancaran Islamic Tourism Month (ITM) 2024 pada 2 Ogos 2024, di Kangar, Perlis.

Pengarah Urusan Mardhiyyah Hotel & Suites, Datuk Seri Hj Mohamed Rafik Hj Mohd Idris di Majlis Pengurniaan ‘Plaque’ Muslim-Friendly Tourism and Hospitality Assurance and Recognition (MFAR) yang disempurnakan oleh Pemangku Raja Perlis, bersempena dengan Majlis Pra Pelancaran Islamic Tourism Month (ITM)
Pengarah Urusan Mardhiyyah Hotel & Suites, Datuk Seri Hj Mohamed Rafik Hj Mohd Idris di Majlis Pengurniaan ‘Plaque’ Muslim-Friendly Tourism and Hospitality Assurance and Recognition (MFAR) yang disempurnakan oleh Pemangku Raja Perlis, bersempena dengan Majlis Pra Pelancaran Islamic Tourism Month (ITM)

Dalam pada itu, semua dapur restoran di Mardhiyyah Hotel & Suites disahkan Halal oleh JAKIM. Hotel ini juga memenangi Anugerah Hotel Mesra Muslim Terbaik oleh CrescentRating dan Mastercard, semasa acara ‘Halal in Travel Award’, sempena ‘Halal in Travel Global Sumiit 2022’ di Singapura, dan yang terbaru, “Best Muslim Friendly Hotel” bersempena Tourism Industry Awards 2024 oleh MITDA dan Santai Travel.

Antara kemudahan lain yang turut disediakan adalah Surau lelaki dan wanita, Kolam Renang, Spa (wanita sahaja), Gimnasium, Jakuzi dan Sauna di Aras 4. Kemudahan rekreasi hotel adalah selaras dengan fasilti semasa dan mampu memenuhi kehendak tetamu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang