TELEFON pintar adalah antara barang keperluan yang perlu dijaga sepanjang masa. Kecuaian dalam penggunaan boleh mengikabatkan peranti tersebut cepat rosak.

Masalah kosmetik pada sesebuah telefon pintar adalah perkara biasa. Ia pasti akan berlaku jika ia sudah diguna pakai dalam suatu jangka masa.

Kes lain juga yang boleh berlaku adalah kerap bertukar-tukar atau pasang dan tanggal kerangka (housing).

Sementara itu, isu kosmetik yang paling ketara adalah mudah calar, cat tanggal atau warna pudar.

Terkini, peranti terbaru daripada Apple iaitu iPhone 12 juga dilaporkan telah mengalami masalah kosmetik tersebut.

Unit iPhone 12 yang bermasalah ini adalah dari unit demo di kedai fizikal Apple yang terletak di China.

iPhone 12 mengalami masalah kosmetik cat tertanggal, timbul keraguan pengguna

Masalah yang berlaku adalah cat yang didakwa tertanggal sehingga ia kelihatan buruk. Masalah ini berlaku kerana iPhone 12 tersebut bertukar-tukar tangan oleh kerana ramai pengguna yang berkunjung butik Apple dan ingin memegang dan mencuba telefon pintar itu.

Perkara tersebut secara tidak langsung menimbulkan persoalan, bagaimana jika iPhone 12 itu diguna pakai secara individu?

Adakah masalah yang sama akan berlaku? Masalah cat tertanggal seperti itu akan menjadikan rupa peranti kelihatan buruk dan usang.

Iklan

Peranti yang dijual pada harga melebihi RM3000 itu sepatutnya adalah bercirikan peranti premium dan isu masalah kosmetik seperti ini seharusnya tidak timbul.

iPhone 12 mengalami masalah kosmetik cat tertanggal, timbul keraguan pengguna

Difahamkan iPhone 12 lebih banyak mendapatkan sambutan berbanding model Pro. Permintaan yang tinggi daripada pengguna di China ini secara tidak langsung membuktikan ketiadaan palam pengecas atau EarPods bukan penghalang buat jenama ini menjual produk keluaran mereka.

Iklan

Lebih hebat, jenama ini optimis untuk menawarkan sebanyak 80 juta unit siri iPhone 12 menjelang akhir tahun ini bagi memenuhi permintaan pengguna seluruh dunia.

Model terbaru ini menjadi kegilaan ramai menerusi penawaran rekaan baharu, sokongan internet 5G serta kualiti kamera yang turut dipertingkatkan.

Sumber : TECHSINA