PENINGKATAN usia akan menyebabkan perubahan pada badan. Bukan sahaja melibatkan bahagian luaran seperti kedutan wajah mahupun perubahan warna rambut, tetapi ia turut mempengaruhi tahap kesihatan.

Disebabkan itu apabila usia sudah bertambah, banyak hal yang perlu diambil kira. Berdasarkan perkongsian kompas.com, terdapat beberapa perkara yang wajar diberi perhatian seiring dengan peningkatan umur.

1. Kawal pengambilan kafein

Diaggarkan setengah kandungan kafein yang diambil memerlukan masa sekitar 10 sehingga 15 jam untuk dicerna. Oleh itu kawal pengambilan kafein pada waktu siang agar tidak mengganggu waktu tidur di sebalah malam. Cuba elakkan pengambilan kafein terlalu tinggi dan gantikan dengan air putih bagi mengekalkan hidrasi.

2. Tidur

Memiliki waktu tidur yang cukup baik untuk kesihatan. Oleh itu, cuba dapatkan rehat yang cukup terutama pada waktu malam. Sebaiknya elakkan diri daripada tidur lewat pada waktu malam. Hal ini kerana apabila usia mencecah 60 tahun, seseorang memerlukan waktu tidur sekitar tujuh hingga sembilan jam semalam.

 

Baca juga: Bukan warga emas saja berdepan masalah tulang mudah rapuh wanita kanak-kanak juga berisiko tinggi

 

3. Ubat-ubatan

Kadar imunisasi badan akan menurun seiring dengan peningkatan usia. Disebabkan itu kita lebih mudah terdedah kepada pelbagai jenis penyakit khususnya golongan warga emas. Jangan abaikan kesihatan atau tidak mengambil ubat-ubatan pada waktu yang telah ditetapkan. Mungkin ia agak melecehkan, tetapi ingatlah perkara itu yang akan membantu kita untuk kekal sihat.

Iklan
LUANGKAN masa untuk melakukan aktiviti fizikal sebagai senaman ringan sambil mengawal pemakanan dengan cara amalan diet seimbang.

4. Air putih

Terdapat pelbagai jenis air yang tinggi dengan kandungan gula dijual di pasaran. Sama ada minuman berkarbonat atau minuman manis, segalanya sentiasa menjadi tarikan. Disebabkan itu pengambilan minum air putih agak kurang. Sebaiknya jangan jadikan itu sebagai amalan kerana minum air putih bukan sekadar untuk mengekal hidrasi tubuh, tetapi mampu melancarkan pencernaan dan membuang toksik dalam badan secara semula jadi.

Ringkasnya apabila usia meningkat, amalan diet seimbang dan melakukan aktiviti fizikal yang betul dapat membantu kesihatan.

Sekiranya doktor menyarankan pengambilan ubat, jangan abaikan nasihat tersebut terutama bagi pesakit kencing manis, darah tinggi dan masalah jantung.

Iklan

Sekiranya enggan terlalu bergantung ubat apabila tua, ambil peluang dan jaga kesihatan ketika usia masih muda.

 

Jangan lupa follow SinarPlus di Instagram